Salam kepada semua,



Drama Ustaz Amirul telah pun bersiaran di Slot Zehra saluran TV3 bermula harini(tadi) bersamaa 7 Januari 2010. Siaran Drama Ustaz Amirul akan ditayangkan setiap hari Jumaat jam 9.00 malam. Drama yang berunsurkan islam ini diterbitkan oleh pengarah terkenal iaitu Ahmad Idham.

Drama Ustaz Amirul Di Slot Zehra TV3

Hari baru je bermula episod pertama dan tak naik lagi aura drama Ustaz Amirul ni. Yang pasti ramai yang ingin melihat lakonan Ashraf Muslim yang melakonkan watak Ustaz Amirul..hehe

Ashraf Muslim/Ustaz Amirul dalam Drama Ustaz Amirul

Sinopsis Drama Ustaz Amirul

Drama Ustaz Amirul di TV3 mengisahkan tentang cabaran dan dugaan yang perlu diharungi oleh seorang lelaki berusia 30 tahun bergelar Ustaz Amirul yang baru tamat pengajian peringkat sarjana dalam bidang Usuluddin dari sebuah universiti Islam di Mesir.

Dengan dikelilingi pelbagai kepura-puraan dan manipulasi budaya moden, Ustaz Amirul akan diduga keteguhan imannya sebagai pemegang amanah Allah dalam melaksanakan niatnya untuk memulakan kelas agamanya sendiri.

Ustaz Amirul juga berjanji kepada ibunya, jika dia tidak mempunyai calon isteri sehingga dia berusia 30 tahun, ibunya mencari siapakah wanita yang layak bergelar isteri.

Walaubagaimanapun, pada masa yang sama, keluarga Ustaz Amirul tahu, kepulangannya itu sebenarnya untuk mencari Adawiya (Eira Syazira), punca sebenar mengapa sehingga kini Ustaz Amirul sukar mencari cinta di hatinya. Adawiya merupakan gadis pertama pilihan hatinya sejak di sekolah menengah. Apabila mereka tamat sekolah menengah, mereka sudah merancang untuk diijabkabulkan namun ayah Ustaz Amirul ada impian lain buat anak lelakinya itu. Setelah Ustaz Amirul mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Mesir, ayahnya mengharapkan segulung ijazah sebelum melangsungkan perkahwinan. Oleh kerana tidak mahu mengecewakan keluarganya, Ustaz Amirul terpaksa meninggalkan Adawiya yang pada ketika itu begitu dalam cintanya pada Ustaz Amirul.

Adawiya yang berasa kecewa serta merana, membawa diri ke bandar seterusnya mengikut sepupunya kerja di bandar sebagai kerani. Malang tidak berbau, dia ditipu dan dipermainkan sehingga terjerumus ke dunia gelap pelayan kelab malam (GRO). Hatta, Adawiya terus menjauhkan diri daripada keluarganya dengan merahsiakan perkara sebenar, dan ini membuatkan keluarga Adawiya kecewa terhadap Ustaz Amirul. Lalu, Ustaz Amirul berusaha mencari Adawiya semula, serta memohon maaf daripada keluarganya, akan tetapi, usahanya tidak berjaya.

Manakala di kampung, Anita (Zarynn Min) seorang gadis lincah yang sangat menyukai Ustaz Amirul sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki beliau, termasuklah memfitnah Ustaz amirul yang konon cuba menodainya. Secara tidak langsung, tuduhan Anita mampu menggugat prestasi dan imej Ustaz Amirul yang dianggap sebagai seorang yang bersifat baik oleh keluarga dan penduduk.

Setelah gagal mencari Adawiya, Ustaz Amirul akur dengan ketentuan takdir dan telah bersetuju untuk menikahi Munirah (Siti Saleha), seorang gadis ayu yang bekerja untuk ayahnya. Menjelang hari pertunangan, segala persiapan telah tersedia rapi, tetapi tiba-tiba, Adawiya kembali muncul dalam hidup Ustaz Amirul.

Sebagai seorang Ustaz Muda yang berpegang teguh kepada amanah Allah, mampukah Ustaz Amirul menangani dugaanNya sebagai seorang manusia yang sentiasa diuji untuk berlawan dengan nafsu. Segala persoalan akan terjawab dalam drama baru USTAZ AMIRUL ini.


Para pelakon dalam drama Ustaz Amirul

Ashraf Muslim, Eira Syazira, Siti Saleha, Lydiawati, Safura, Kuna, Zarynn Min, Allana Amir, Hafidzuddin Fazil, Rahim Omar, Fauzi Nawawi, Roslan Saleh, Zoey Rahman dan ramai lagi.










p/s:penampilan Ashraf Muslim melakonkan watak ustaz mampu menarik penonton yang ramai untuk mengikuti setiap episod Drama Ustaz Amirul..=)

2 Responses so far.

  1. allia farhana says:

    pasti akan ku tengok nty...hoho..
    cis.ade zaryn min lagi...tak larat tgok die dah...

  2. ZE says:

    tengok jangan tak tengok..=)

Share