Salam kepada semua,



Malam-malam ni aku nak kongsi cerita mengenai makanan. Pernah tak korang makan bubur asyura? Dengar cerita bubur asyura dimasak pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura. Tapi hari ni 28 Muharram. Entah la. Apapun, ini pertama kali aku rasa bubur asyura..=)

bubur asyura Kelantan

Tengah syok-syok gosok baju sekolah adik, tiba-tiba pulak ada orang ketuk pintu rumah. Ingatkan apa la datang rumah, ada insan yang pemurah sedekah 4 bungkus bubur asyura dari kenduri sape tah..hehe

bubur asyura Kelantan

Bubur ini katanya ini bubur asyura Kelantan. Ayah kata bubur ni ada jugak kat negeri lain dan setiap negeri rasa yang berbeza. Bubur ni tak cair macam bubur yang lain. Tak reti la nak cakap macamana keadaan bubur asyura ni. Bubur ni tak cair dan tak berkuah. Macam ala-ala pulut la.

bubur asyura Kelantan

Bila dah masuk mulut, otak mula la analisa sedap ke tak. Maklum la, baru pertama kali dapat rasa bubur asyura Kelantan mali..hehe Rasa bubur asyura ni memang sedap. Rasanya lain dari yang lain dengan bubur lain.








p/s:gemuk la aku makan lewat malam ni..kehkeh

5 Responses so far.

  1. Ichigo Miro says:

    haha..best kan asyura negeri kawe..

  2. sedapnyeeeeeeeeeeeee...
    mlm ni tdo bermimpikan bubur asyura. :D

  3. Nur says:

    wahhhhhhhhhh...rindu nak makan,...kelantan punye mmg tip top ah...
    adehla..lagik 6 tahun baru jumpa kot....uwaaaaaaaaaaaaaaa....perlu ke post...uhuk2...
    hahaha

  4. ZE says:

    haha..memang best bro..=)

Share