Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

restoran kari kepala ikan

Dsebabkan ada hal yang tak dapat nak elakkan pagi tadi, post ini agak tergendala. Mesti ramai yang dah tahu mengenainya dan mungkin ada lagi yang tak tahu. Biasa la, tak semua orang baca surat khabar The Star bukan? Tapi ada jugak yang baca, sebab itu ada info mengenai blogger disaman 6 juta ni..=)

"KOTA KINABALU: A popular Indian cuisine restaurant here that is recommended by travel guide Lonly Planet, is suing a blogger and Google for defamation.

Jothy's Fish Head Curry restaurant director Tharumaraj Sivaperumal filed a RM6mil civil suit at the Kota Kinabalu High Court here Monday, naming blogger Poh Huai Bin as first defendent and California-based Google Inc as second defendant.

The suit is arising from some allegedly defamatory statements about Jothy's Fish Head Curry restaurant posted in May last year by Poh, originally from Sibu in Sarawak and now residing in Kuala Lumpur."


sumber The Star

Sudah baca? Tak faham bahasa orang putih? Sila rajin tengok kamus dan paling malas pun pergi translate dekat google translate..huh!

Pokoknya nilai RM6 Juta yang disaman itu adalah saman kepada pihak blogger dengan pihak google. Bukan 60 sen, RM600 atau RM6k tapi RM6 Juta terus. Memang terkejut beruk la kalau aku la yang kene macamtu. Entry yang disaman http://sixthseal.com/2010/05/jothys-fish-head-curry-banana-leaf-restaurant.html (mungkin dah di delete)



Alkisahnya, sebuah restoran masakan India yang popular di sini yang disyorkan oleh panduan pelancongan Lonely Planet bermaksud jika ada pelancong dari luar atau dalam negara nak cari restoran kari kepala ikan yang popular mereka akan cari kat google "Jothy's Fish Head Curry restaurant"



Nampak tak bulat merah tu? Bila blog tersebut telah di"cached* oleh google, carian di google akan jadi barisan utama. Bermaksud jika orang taip nama restoran tersebut, blog blogger yang kene saman tu akan jadi carian utama digoogle. Apa kaitan restoran dengan google ni?

Bila orang atau pelancong luar nak cari infi mengenai restoran kari kepala ikan yang terkenal di Kota Kinabalu, pasti lebih senang cari di google. Tapi malangnya, review yang dibuat oleh blogger tersebut adalah review yang *kurang elok* kepada restoran tersebut. Itu sebab pihak restoran saman sebegitu rupa.

Kalau nak baca melalui screenshot, KLIK SINI

"Kuasa dan pengaruh blogger sangat kuat.
Senang saja nak menaikkan dan juga menjatuhkan sesuatu perkara
Sebagai contoh, sebab itulah ramai syarikat penerbitan filem sekarang bukan sahaja menjemput wartawan untuk tayangan primer sesebuah filem,
malah blogger jugak dijemput dengan harapan supaya dapat mempromosikan lagi filem tersebut dalam blog."


sumber Admiral Hafiz

Banyak tu RM6 juta, bukan sebarangan angka tu. Tapi nak buat macamana, nama restoran diburukkan dan lebih sakit bila review yang memburukkan itu popular di carian google.

Kadang-kadang kita ni nak jujur pun biar bertempat. Sebab kadang-kadang betul jugak kata-kata ini "bersikap jujur salah, tak bersikap jujur pun salah". Masing-masing punya pendapat berbeza ye tak?

Pendapat tu sepatutnya diambil secara positif untuk memperbaiki kesilapan teknikal. Mungkin masa dia makan kurang sedap, dan mungkin orang lain makan rasa sedap. Itu lumrah ye tak? Takkan bayar makan RM50 tapi makanan tak berapa nak sedap ye tak?



p/s:apapun pengajarannya, jujur biar bertempat jugak la yer..=)

8 Responses so far.

  1. DaK CoMoT says:

    a'ah...betul kata incik zack tuh..jujur biar bertempat..xpasal kena saman..adesss...ish pasni kena berhati2 la nak wat n3..huhuu

  2. memang la..nak2 klu berkaitan dgn org yg berpengaruh.Tak pasal2 mkn diri..

  3. ARC™ says:

    bro, menurut ayat berbahasa Inggeris tu, 6juta ialah total saman blogger+google.
    ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ
    btw aku xgune kamus lol

  4. @DaK CoMoT berhati-hati mereview restoran la yer..=)

  5. @Lydia Miza(Aidyl Azim) kalau dengan orang yang berpengaruh, memang cari nahas la..

  6. @ARC™thankz ARC,
    haha..sebab kenapa aku cakap rujuk kamus tu sebab ada dpembaca takkan baca artikel bahasa Inggeris kalau aku letak dalam entry..=)

  7. alamakkkk! selamat lagi selama ni yuuu selalu wat review yang baik baik je ^^

  8. seriously?wahh..bahaya neh...hui3..kalau x puas hati,kene adu kat KPDNKK trus.huhu

Share