Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Ahmad Dhani Dewa 19 Pengetua AF9 | Dimana Karyawan Malaysia

Ada sesiapa tengok Akademi Fantasia? Ok, aku sendiri tak pernah tengok akademi fantasia walaupun ada astro. Kalau mak atau adik aku bukak, aku sendiri akan marah dan rampas remote tukar cerita lain. Banyak lagi cerita yang boleh ditengok. Ada yang nak pangkah kenyataan aku?dipersilakan. Sekarang bukan nak cerita pasal tengok ataupun tidak.

Baca surat khabar berita harian harini? dah tahu siapa pengetua baru Akademi Fantasia ke 9? Tak tahu menahu pasal ini? Tak mengapalah, baca saja entry aku ini. Aku bukan nak cerita pasal akademi fantasia tetapi pemilihan pengetua tersebut.

Berita Harian

Apa kejadahnya pengetua dari Indonesia ni? Korang tahu siapa pengetua yang telah dilantik? Ya, pengetua baru AF9 adalah Ahmad Dhani dari kumpulan Dewa 19. Sekali lagi aku tekankan, aku bukan cerita pasal rancangan akademi fantasia yang aku tak tengok ni tapi berkaitan dimana karyawan Malaysia?Adakah karyawan Malaysia dah tak cukup bagus nak mengendali rancangan dari Malaysia sendiri?

Malas nak ulas panjang-panjang. Daripada Akademi Fantasi ke 9 ni yang terakhir, baik tak payah terakhir dah. Tak payah nak tayang langsung. Buat bahan ketawa dari negara seberang jer. Kalau aku dari seberang, aku sendiri ketawa. Dimana karyawan Malaysia? Sudah tidak bagus kah? Memang memalukan..



p/s:Anda setuju?anda tidak setuju?aku mana tahu..komen la baru aku tahu..=)

24 Responses so far.

  1. Malaysia nie dah xder artis2 berkualiti agaknyer...
    sampai ke Indon diorang carik pengetua...
    haish...

  2. sengaja cari publisiti murahan, AF mmg dr dulu mcm ni, buat2 kecoh......

  3. Rie says:

    mungkin ada buruk baiknya
    agak memalukan sebab mcm dah takde calon malaysia yg seswai
    tp bila fikir the other side, bgus juga..boleh pelbagaikan music dgn sentuhan yg lain

    everybody has right to think
    papehal pun, kite tgok je la ape jd nt kan?

    *just my 2cents :)

  4. @-ROCKprincess- kualiti ada tapi artis indon lagi berkualiti?

  5. @Rie di Malaysia pun dah ada macam-macam jenis lagu..

  6. xsetuju!!! bek tgk mentor, sah2 org malaysia yg handle..

  7. nara says:

    baik tengok akademi alQURAN~
    baru ade ketenangan jiwa.. tak yah fikir sape pengetua yang latest~
    =D

  8. Raden says:

    peehhhh..gwa ase nk marah nie!!!
    nah amek BODOH yg ikhlas dr benak hati
    ~sekian!!!

    p/s:aku memg xpenah tgok af n nyampah kot

  9. @♀ Perempuan Manis yang penting orang Malaysia, bikan orang Indonesia..

  10. @Amira Naddia kenapa perlu orang Indonesia kan?huh.

  11. Nur says:

    eh??ye.. berjuta-juta rakyat msia indon jugak diambil berat..hohoho

  12. Mr. Swift says:

    Haha, aku rase AF sepatutnya dah pupus. :p

    Kenapa 2 bukan 1 je?

  13. kalau aku nye pendapat la, myb " hulur bawah meja " Blog Bebas

  14. Tanpa Nama says:

    menganaktirikan bakat dan kebolehan negara sendiri~

  15. Yan says:

    bajet nak terjah market indon la tu..
    pastu leh la wat Akademi Fantasia kt indon plak.. pasal yg kt msia.. tak laku dah

  16. Tanpa Nama says:

    assalamualaikum..
    aku cadangkan tutup jela AF tu
    xde guna lgsung kt manusia
    lalai lupa Allah semua
    kalo imam muda ke akademi Al-Quran xpa jgk
    apa la nk jd org skrg
    hiburan tanpa had!

  17. mie says:

    fuh!!!
    pasti dapat tembusi pasaran indon ni..
    ahahaaaa

  18. @Mr. Swift dikhabarkan AF9 adalah AF yang terakhir..

  19. @Henry Zackery yeke?dia dipilih melalui undian kalau tak silap..

  20. @maCykalau kepentingan luar dilebihkan, memang layak la kenapa ramai artis Indon banyak buat konsert di Malaysia..

  21. Tanpa Nama says:

    penggiat seni malaysia memang masih jauh dibawah indonesia, kalau kita bangang kena lah belajar, bukannya tepekik telolong bila orang lain dari pada kita

Share