Salam kepada semua,



Boleh dikatakan setiap minggu aku akan dapat sms dari no yang aku tak kenali. Ada yang dari maxis dan ada yang dari no 5 digit. Selalunya aku memang tak layan yang jenis dari no 5 digit ni contoh macam sms dihantar oleh 22228. Tapi macamana kalau no tersebut 13 digit?

sms tipu

Ini bukan cerita palsu. SMS ini diterima oleh kawan aku dan ingin aku kongsikan disini supaya jangan tertipu dengan SMS yang diberi.

Kalau tak nampak gambar di atas, baca yang ini;

Tlong bagi credit mexis 30RM ke nombor baru ayah 0128640597
ayah lgi ada masalah kat balai Police.
Ta payah call
sekejap ayah call.



Jangan tertipu dan tak mustahil ada yang tertipu. Kalau tak baca sampai habis memang tertipu. Kene tengok nombor tu. Terang tang tang dari indonesia. Bahasa taip pun dah boleh agak dah. Yang di atas ni dari kawan aku. Yang ini pulak dari adik aku lak..adeih

SMS ni aku taw masa aku baru balik dari Alor Setar pada 2/12/2010(khamis). Terkejut la bila adik aku call suruh topupkan ayah aku RM30. Pelik la kan.

Adik : Assalamualaikum, along kat mana?

Aku : Waalaikummussalam, ada dalam bas. Nak balik dari Kedah ke Ipoh, nape? (aku dalam keadaan mamai sebab tengah syok tido ada orang call lak..haishh)

Adik : Nak minta tolong along ni, emergency. Along sampai Ipoh kul bape?

Aku : Lewat sikit kot, dalam kul 8 @ 9 malam macam tu. Kenapa ni?

Adik : Along ada duit tak? Tolong topupkan RM30 no maxis baru ayah RM30.

Aku : Topup maxis RM30? Ayah bukan pakai line celcom ke? (aku semakin pelik)

Adik : Ayah ada masalah. Along baca msg ni, kita forward kat along.

ini ayah lagi meminjam hp. kawan,
sila beli keredit RM30, ke no. baru ayah 0178907102,
ayah lgi ada masalah di pejabat polis,
jgn dulu tlpn,
nanti ayah yg tlpn.cepat

Selesai baca, aku call adik aku balik.

Aku : Angah, tengok no yang hantar sms tu ada berapa? (masa ni aku tengah senyum..=))

Adik : Entah, ada banyak nombor..

Aku : Itu bukan dari ayah, itu nombor dari Indon. Tengok ejaan dalam sms pun dah boleh agak. Angah kene tipu ni.

Adik : Oh, kene tipu eh!cis!cis!

Perbualan tamat.


Ha, adik sendiri pun boleh kene yer. Agak kelakar disitu. Tapi nasib baik dia tanya aku, kalau ikut pertimbangan akal dia, dia sendiri akan topupkan ayah aku RM30. Baca sms tu pun aku dah tergelak. Bila masa ayah aku taw guna short form msg. Ayah kalau tulis semua ayat dia ayat baku, tak ada short form ni.

sms tipu

Gambar di atas adalah no yang menghantar sms kepada kawan aku. No yang menghantar sms kepada adik aku adalah +628525578889. Sms dihantar dari dua nombor yang berbeza dan diminta topupkan ke dua nombor yang berbeza. Mengikut andaian aku, mereka mungkin ada banyak lagi nombor lain untuk menipu orang lain. Harap jangan tertipu. Kalau boleh sebarkan...





Persoalan dar aku : Macamana dieorang boleh tahu nombor-nombor yang hendak ditipu sedangkan mereka dari seberang?








p/s:aku sendiri pun topup RM5 @ RM10 kalau nak minta tolong orang. Dia nak buat apa sampai RM30. Mengarut!

37 Responses so far.

  1. mie says:

    yang pelik nya...
    mcm mn senang2 dapat no hp ni..

  2. Asma Lina says:

    sama lah. tetiba dapat mesej mengarut tu. entah sesapa laa dia tuu.

  3. sakin says:

    huhu...org indon skng ni mcm2....

  4. NurAreefah says:

    sekarang ni macam2 cara laa mereka nak menipu ek... derang main tibai je kott number2 mana pun... takleh blah, specific mintak rm30 lak tuuu..hohooo

  5. Aliahwafa says:

    lawak ah bila 'ayah' eja tak tu 'ta'. ada ke orang tua eja macam tu? haha ;D

  6. Scha Bon Jovi says:

    grr , pernah kene . Sumpa ta p'cye lgsg . Ape seyh . Da tadew kedit , buad larh care tadew kedit . Nieh ta -,-' Yg pelek mcm mane dyorg dpt num ea ? Maen tekan ka ?

  7. zirconia says:

    macam2 cara orang nak menipu sekarang nie. hari tu baru dpt msj mintak share kredit sampai rm5. entah siapa la yg tiba2 nak mintak2 macam tu.

  8. aida says:

    la..penipu rupanya..ari tu kwan penah dapat mesg camni.mati2 kitorang ingat bapak budak mana yang salah no..

  9. Adziim says:

    Kawan aku, pun dapat msg ni jugak. Nampak sangat tipu..haha~

  10. mesej die mcm sgt mengarut..
    melampau2 mintak tlg org topup mintak sampai rm30...
    haha...

  11. Fieqilah says:

    cantek hset. hiks

  12. qiqilala says:

    aku pun dapat msj cmnih.. abg aku dgn aku sekali kne.. abg aku kne 50.. aku 30..

  13. ZE says:

    biar tuhan je balas..

  14. ZE says:

    eh, lari topik ni..=)

  15. ZE says:

    ni skim cepat kaya..=)

  16. ZE says:

    Siapa yang tak nampak tu kesian kene tipu..

  17. ZE says:

    keke..ok la tu, ni bapak gila topup..=)

  18. ZE says:

    selagi ada penipu yang macam ni, selagi tu ada macam2 penipu boleh buat..

  19. ZE says:

    tu yang pelik tu..

  20. ZE says:

    memang lawak..ayah jenis orang lama..kalau perkataan "yang" dia akan tulis penuh, takkan dia tulis "yg"..=)

  21. ZE says:

    taw lak dia RM yer..=)

  22. ZE says:

    masing2 tak ada keje tu yg jadi macamni..

  23. ZE says:

    dia tu unknown..=)

  24. Wahdaz says:

    aku baru je dapat mesej macam tu. aku tolong jugalah bapak nak minta tolong. apa salahnya tolong. aku bagi rm10 x2 rm50 x2. semua dalam rm120. tapi aku bagi no topup yang aku reka sendiri le.. sendiri mau ingat la bapak.

  25. Wahdaz says:

    mesej aku berbunyi begini;

    Ini ayah Tlong bagi credit mxis 30RM ke no baru ayah 0128640597 ayah lgi ada msalah kat balai Police.Ta payah call sekejap ayah call.

    No penghantarnya +6285250887511

    .................................................................

    Nak jadikan ceritanya, adik aku baru je terlibat kemalangan hari ahad lepas. Dan sekarang semua keluarga aku sedang berkumpul di hospital melaka. Adik aku masih tak sedar dan masih dalam ICU. Aku pulak tak dapat cuti, esok baru nak pergi.

    Persoalannya, adakah dia memang tau keluarga aku sedang ditimpa masalah?

    Aku rasa tidak, dan dia pakai hantar je ke mana-mana no secara rawak. Dan no aku terpilih antara no yang dia berminat. Sama jugalah macam no yang 5 angka tu. Dia orang pakai tekan je mana-mana nombor.

    Nasib baik aku memang ada kawan bisnes indon. Dan pernah berurusan dengan no yang banyak macam tu. Dah sah-sah aku senyum je.

    Apa salahnya kita call dulu bapak kita untuk pastikan. Topup kita punya hp dulu dan call, tanya apa masalah. Itu lebih baik. Bukan call no tu... call no bapak kita yang dah kita simpan. Kalau call no tu.. buat perabis credit je..

  26. ZE says:

    haha..terbaik..=)

  27. ZE says:

    panjang nye komen..hehe


    sebab dia kata jangan tepon bapak tu yang menyebabkan ramai tak telepon bapak dulu..taktik tu berjaya menipu orang ramai..

  28. kalau nis lagi kelakar. sebab pelik la pakai no indo pas tu nak mintak top up no maxis lak apekes? send sms kat no kita pandai lak dia. ada lak pulsa dia. mengong. hahaha..

    dah biasa tgk no tu dah lali dah.

  29. bapak lak tu mintak top up kat anak. haha.. padahal anak tiap2 bulan mintak top up kat ayah..

    dapat2 lak kat budak da takde bapak mau kena hamun tu. hahaha.. mengong ah..

  30. ZE says:

    haha..ayah pakai line bil celcom, tetiba mintak topup maxis?? =)

  31. ZE says:

    dah biasa pun, masih ada lagi yg tertipu..

  32. ZE says:

    jangan biasakan, kalau boleh elakkan..=P

  33. Omar says:

    menda ni makin banyak sekarang..berhati-hati, rasanya mungkin ada problem kot.. persoalannya? sesetengah orang sharekan nombor phone kat facebook/ms/tweet/blog dan sbgainya..

  34. ZE says:

    memang bahaya kalau tak berhati-hati..

  35. kene jugak:

    http://husnuzzonloa.blogspot.com/2012/11/rindu-tapi-tak-upaya-menjawab-sapaan.html

Share