Salam kepada semua,



Kelmarin aku pergi Metro Kajang untuk membayar hutang aku maxis broadband . Almaklum la, dah cukup bulan, kene la bayar. Kang melenting lak bila dah tak boleh nak on9..hehe

metro kajang

Siapa yang pernah pergi Metro Kajang, tahu la keadaan parking. Memang susah nak dapat. Kalau waktu siang, memang sesak dan penuh. Kalau yang dapat tu memang bernasib baik la. Malas nak parking kat dalam Metro Kajang sebab nak bayar bil maxis broadband jer.

parking metro kajang

Ceriatanya bermula begini, dah la penuh nak parking pun susah. Rasanya dah 3 kali tawaf dah kot. Perasaan putus asa tu memang dah ada dalam kepala. Tapi dah set dalam kepala broadband mesti dibayar jugak, maknanya kene la cari parking. Pusing punya pusing, aku jumpa parking kosong.


Tapi...


Bila aku nak masuk parking, tiba-tiba ada sorang mamat india berdiri kat tengah-tengah parking. Pergh!naik tekanan darah aku sekejap. Apa kejadahnya dia nak berdiri kat tengah-tengah. Aku bajet mamat ni orang gila tapi sebenarnya waras.

Rupa-rupanya, dia tengah cop parking untuk member dia. Macam apa la kan. Mula nak mengamuk disitu. Bila aku pandang cermin pandang belakang, dah banyak pulak kereta memanjang. Dengan nekad, aku masuk parking tu jugak dengan gaya nak langgar dia. Tapi muka kasi garang sikit..hehe

Nasib baik dia mengelak, mati-mati aku ingat dia berani mati dengan proton wira mak aku ni..kehkeh Boleh pulak nak cop-cop parking macamtu yer. Nak wat macamana, muka masing-masing ketat tak nak mengalah..

Masuk-masuk kat kedai maxis, system down pulak?haishh..Panas je hati ni. Nasib baik ada buat bayaran secara manual. Penat dah ulang-alik dari umah ke Metro Kajang 2 kali. Bukan dekat, dalam 20-25 minit gak. Kalau kat Ipoh, dekat jer.

ampang bowl kajang metro point

Untuk melepaskan geram, aku membuat keputusan untuk melepaskan geram dengan bermain bowling. Nasib baik awek-awek sedia menemankan aku..hehe

awek cun

Ni la awek cun yang sudi temankan aku..hehe Yang belah kiri adik no4, yang belah kanan adik no5.

bowling

Dah lama tak baling bola bowling ni. Rasa kekok lak. Tapi tak sangka leh dapat markah tinggi..hehe










p/s:semoga berjumpa blogger @ Times Square MeetUp ..=)

17 Responses so far.

  1. xpernah maen boling.
    d:

  2. miszmyza says:

    npe tak parking bawah??? kat luar tu mmg susah nak parking.. sebut bil mxs broadbnd.. waaa.. X byr bil lagi.. dah kena potong pun..

  3. Serol says:

    haha..main cop2 lak dia..tak pernah aku tengok org macam ni. nasib baik tak langgar je..

  4. framestone says:

    ko kan dasyat men bowling kan he...23x

  5. boleh plk main cop2 cmtuh kn.ckp kat dia..bw kon vip letak kat parking..miahahhahaha

  6. Ainin_87 says:

    eh eh eh... sy ngan member pun pnah main cop2 gitu mase zaman utm dulu. Masa tu kat jusco..haha... Tak matang sungguh

  7. L.Y.N.N says:

    waaaa...macam ini punya orang pon ade ke skrg??kesiaannn..
    igt boleh main cop2 ke ape..haisshh..mne la blajarrr..hahah..

  8. ZE says:

    cuba la main..=)

  9. ZE says:

    sebab tak amik masa yang lama pun..ha!bila nak bayar tu..nanti kene black list..=)

  10. ZE says:

    gaya memang nak langgar tapi dia mengelak..taw pun dia takut..hehe

  11. ZE says:

    nasib je haritu..huhu

  12. ZE says:

    yang ini dia bawak diri dia, senang sikit pindah randah..hehe

  13. ZE says:

    pernah buat yer..=)

  14. ZE says:

    ni ajaran baru kot..=)

  15. zirconia says:

    kalo nak tunggu parking kat metro kajang tu memang berjanggut la tawaf. biasanya parking je kat dalam sebab malas nak tawaf kat luar tu. nasiblah tak jadi pape kat kereta ye ZE. biasanya kan diorang nie samseng sikit. memang ramai yang buat macam tu main cop2 entah apa-apa.

  16. ZE says:

    kalo jadi pape, siap la dia..hehe

Share