Salam kepada semua,



Peperangan di antara Indonesia dengan Malaysia semakin membara. Tak cukup dengan kerana Malaysia Menang bergaya 3-0 Dengan Indonesia , berperang pula di twitter, tak cukup lagi habis semua laman web Malaysia dieorang nak kacau.

500 Laman Web Malaysia Telah Di Hack

500 Laman Web Malaysia Telah Di Hack

Macam biasa la, dalam peperangan di alam siber mesti la kerja pengodam(hacker). Seperti dalam gambar diatas, Indonesia telah mengumumkan hacker dari Indonesia telah berjaya hack 500 laman web dari Malaysia. Tak terkecuali laman web Upin dan Ipin . Nak tahu lebih lanjut KLIK SINI

sumber info Teratakarmo

Tumpuan Media Indonesia Lebih Kepada Laser

Tumpuan Media Indonesia Lebih Kepada Laser

Kali ini mereka lebih kepada memburu laser hijau dari menyokong pasukan sendiri untuk menaikkan semangat, tetapi untuk mencari keburukan Malaysia. Kali ini mereka akan menggunakan khidmat teropong untuk mencari penyuluh laser. Nak tahu lebih lanjut KLIK SINI

Indonesia Guna Khidmat Sotong Bernama Gudel Tentukan Pemenang

Indonesia Guna Khidmat Sotong Bernama Gudel Tentukan Pemenang

Masih ingat Sotong Paul?Si sotong yang meramal tepat keputusan bola Piala Dunia 2010 tu. Tak sangka Indonesia pun guna khidmat sotong untuk menentukan masukan mana yang bakal menang Piala Suzuki AFF. Sotong yang dikatakan bernama "Gudel" telah memilih Indonesia sebagai pemenang. Nak tahu lebih lanjut KLIK SINI

Dah nampak sangat parah dan sakitnya peminat bola Indonesia ni. Pelik-pelik la dieorang buat. Malaysia kalah 5-1 pun tak ada sampai macamni, masih lagi mengaku kelemahan pasukan. Yang tak boleh belah dieorang guna sotong Gudel??Harapan pasukan "Timnas Garuda" di tangan seekor sotong kurita??Dah bersimpang kerana bola??Apa nak jadi la.



Kepada pasukan "Harimau Malaya", buktikan pada mereka yang pasukan kita masih berbisa dari "alasan laser" Indonesia. Jangan terlalu leka dengan kemenangan 3-0 tempoh hari, pertahankan benteng gol sebaik mungkin dan jaringkan gol jika berpeluang. Harapan seluruh rakyat Malaysia bergantung kepada anda(pasukan Harimau Malaya). Malaysia Boleh!






Bola itu bulat, macam-macam boleh berlaku..=)









p/s:berapa ramai penyokong Malaysia ke Indonesia yer...

13 Responses so far.

  1. GKSB says:

    fanatik gila depa ni macam orang gila plak...

  2. owh banyak jugak tuh rtm pun dah kena... macam2 lah... hadoi.. kalau kena blog aku..tenat dibuatnya...

  3. Cxoluvme says:

    loser. war cyber yang langsung x matang.

  4. anees says:

    MINTA PERHATIAN SEMUA..PADA SESAPE YANG ADE WEBSITE,BLOG,FB DAN SEBAGAINYA,TOLONG ALERT TAHAP MERAH MENJELANG MALAM NI..

    JIKA INDONESIA KALAH,KEMUNGKINAN BESAR HACKER INDONESIA AKAN BUAT SERANGAN SIBER BESAR-BESARAN DI ALAM SIBER SEPERTI 3 HARI LEPAS.

    TOLONG BACKUP ATAU TUTUP SEMENTARA BLOG ANDA..ABAIKAN
    ......SEGALA EMEL,PHISHING,SPYWARE DAN MALWARE...

    p/s:TOLONG SEBARKAN DI MANA-MANA WALL...MAKASEYHH..

    CREDIT TO HAZIQ ASYRAF JR..

  5. hack hack dan hack =.='' stalker da la banyak =.=''

  6. liyanaziz says:

    takutnya!!! apa nak buat ni.. tutup semua akaun dulu??

  7. Rara says:

    duhh, menyampah gila aku dengan alasan-alasan dorang ni. paling tak boleh blah, dorang boleh plak tuduh malaysia jampi tiang gol c botak markus tu duduk. wthhh. kan aku dah emo. heh.

  8. ZE says:

    dieorang memang fanatik habis..

  9. ZE says:

    harap tak kene jugak kat blog aku ni..=P

  10. ZE says:

    memang tak matang..

  11. ZE says:

    mana la taw hack ni anis..huhu

  12. ZE says:

    dah kalah, banyak la alasannya..

Share