Salam kepada semua,



Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua. Rasanya ini kali pertama aku menyambut Hari Raya Aidiladha selaku aku seorang blogger. Tahun ni aku raya kat rumah saja. Kepada yang sedang pulang ke kampung, selamat pulang dengan selamat.



Hari Raya Aidiladha atau juga dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban yang mengisahkan pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup berkorban anaknya kerana suruhan Allah. Tak nak cerita panjang sangat sebab aku rasa ramai yang dah cerita mengenai Hari Raya Aidiladha ni dan aku tak mempunyai cerita yang lengkap sangat.



Macam biasa, bila esok raya mesti segala persiapan dibuat dan yang paling utama mestilah hidangan yang akan disediakan esok. Kaum-kaum hawa la yang paling sibuk sekali rasanya..hehe





Seperti gambar diatas, mak aku masak rendang ayam dengan nasi impit. Menu yang aku rasa tiap-tiap tahun, inilah menu yang biasa dihidangkan oleh mak aku bila Raya Haji. Orang lain tak taw la yer..hehe



Ini dodol Melaka, tapi bukan beli kat Melaka. Beli kat Behrang masa pulang dari Ipoh. Rasanya sangat sedap, memang patut pun ayah aku beli. Sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua.









p/s:esok nak tengok lembu-lembu tumbang..=)

17 Responses so far.

  1. Admiral Hafiz says:

    wahhh
    jeles woo xdpt nak balik kampung
    beraya di perantauan la nampaknya aku thun ni

    Selamat Hari Raya ya

    Admiral Hafiz Official Website: Admiral'z Legacy

  2. Nabiel says:

    Selamat Hari Raye bro~ngeh2..

  3. liyanaziz says:

    dodol!!! lamanya x makan dodol.. salam aidiladha.. =)

  4. Syazana says:

    selamat hari raye....

  5. zirconia says:

    sedapnya rendang. selamat hari raya ZE :D

  6. lassie says:

    suke dodol .
    dah lame tak makan dodol awwww T___T

  7. alin says:

    sedapnye...terliur den.. T_T

  8. Eazy Izzuddin says:

    salam aidiladha

  9. ZE says:

    tak pe la, asalkan boleh beraya lagi..=)

  10. ZE says:

    Selamat hari raya gak..weh!aku nak duet raya dari ko..=P

  11. ZE says:

    salam aidiladha juga..=)

  12. ZE says:

    selamat hari raya jugak..=)

  13. ZE says:

    selamat hari raya zuzu..=)

  14. ZE says:

    nanti saya post kat rumah ek..hehe..selamat hari raya..=)

  15. ZE says:

    telan air liur tu, nanti basi lak..keke =P

  16. ZE says:

    salam aidiladha jugak..=)

Share