Salam kepada semua,


Hari ni aku keluar meronggeng nak lepaskan tekanan yang telah beku di kepala disebabkan terlalu/terlebih kuat study untuk peperiksaan akhir. Tak la ramai cuma beberapa orang je sebab yang lain dah balik rumah masing-masing. Yang ada ni pun baki budak kelas yang masih berada di Ipoh ni. Setelah bincang punya bincang, movie "The Child's Eye" menjadi pilihan(bukan aku yang pilih)..hehe



Permulaan cerita agak perlahan dan nak masuk bab seram tu makan masa 15 min gak. Biasalah, taktik penggambaran mesti nak kene ada pendahuluan cerita. Bila masuk bab yang seram, amik ha. Jatuh tetiba jantung ni..kekeke



Sinopsis cerita ni begini yer. Ada 3 pasangan dari Hong Kong yang telah melawat ke Thailand bertujuan untuk berseronok atau bercuti. Mereka telah menetap di sebuah hotel di Thailand dengan 3 pasangan 3 bilik. Tetapi secara tiba-tiba berlaku perusuhan di Thailand dan menyebabkan 3 pasanagan itu terpaksa pulang dengan segera. Tetapi dalam perjalanan, radio mengistiharkan lapangan kapal terbang telah pun ditutup untuk keselamatan dan jalan pula sesak.



Keinginan 3 pasangan tersebut untuk balik ke hotel tadi tak kesampaian dan mereka terpaksa menginap di hotel berdekatan(hotel murah). Setelah check in ke dalaam hotel murah tu, ada yang tak kene dan bermula la episode cuak, menjerit, jantung jatuh, tutup mata semua ada..kekeke





Antara babak yang penuh debaran dan jeritan di panggung wayang. Bila dah tengok sampai sini, sila jangan tutup mata yer. Sebab rugi la dah tengok cerita hantu tapi tak tengok apa kejutan pengarah buat..hehe







Yang ini lagi best, bila "bende" tu datang kat kaki je weh! Tergugat mata ni nak bukak mata..hahaha(kantoi di situ) Tapi aku tengok sampai habis yer dengan mata terbukak. Samada bukak dua-dua atau sebelah mata tu tak perlu la nak pertikaikan yer..keke Ini aku baru separuh kot dah bermacam aksi seram keluar, sejam lagi korang tengok sendiri kat pawagam je la yer. Sendiri tengok dan sendiri rasa. Mana taw orang lain tengok lain, aku cerita lain kan. Apa pun aku bagi 8 bintang dari 10..=)









p/s:cerita MegaMind dengan Unstopable tu macam menarik jer? best ke citer tu?(mentang-mentang dah habis exam)..hehe =P

12 Responses so far.

  1. MR. MIND says:

    ni citer tahiland ke hong kong?

  2. princeduyong says:

    waaa...best nih...

  3. L.Y.N.N says:

    like rainie yang!!

  4. deyla says:

    nih blum tgk 3d nih..

  5. tia says:

    tak sanggop nk tengok cter seramm! nnt susa nk tdo, heee~


    eh, megamind best! kelakar gak ahh! :))

  6. Shakila_Amer says:

    aku tgk tnpa meenutup mata hua3

  7. zirconia says:

    lamanya tak tengok muvie. huhu. kat ipoh lagi ke nie?

  8. mesti gerun an an an =P


    *eh mane entri c0ntest kekeke*

  9. Nabiel says:

    unstopabble best yeop~hehehe..
    ko dh tgk takers?

  10. Syazana says:

    wah cam menarik je..

  11. cik sasa says:

    xsuke cite ni....xbest...hahahaha

  12. ZE says:

    yeke tak best..hehe

Share