Salam kepada semua,



Aku rasa sekarang adalah musim study week atau final exam bagi mereka yang akan menduduki peperiksaan tak lama lagi. Mungkin ada yang sudah habis exam. Sebagai seorang pelajar tak kira di mana dia belajar, peperiksaan akhir semester memang tidak dapat dielakkan. Setiap sem mesti akan ada peperiksaan akhir. Tujuan utama peperiksaan akhir sem ini mestilah untuk mengukur sejauh mana tahap pencapaian pelajar tersebut termasuklah aku..=)



Bila peperiksaan akhir dah dekat, bermacam-macam ragam pelajar yang boleh dilihat. Bila nak exam jer, banyak ragamnya yer. Masa peperiksaan jugak ada ragamnya juga. Masing-masing ada cara tersendiri.



1)Banyak benda nak kene hafal/faham konsep

Ini perkara biasa. Kalau satu subjek 5 bab, 5 subjek dah 25 bab. Banyak tu nak masukkan semua dalam kepala. Satu bab ada berapa banyak rumus la pulak. Lebih-lebih aku yang belajar dalam kos kejuruteraan ni, satu pengiraan mau jugak 2 3 helai kertas jugaklah kalau buat depan belakang.



2)Mengulangkaji berkumpulan/Study group

Tak semuanya pelajar pandai dan bagi pelajar yang lemah mesti akan cuba untuk merujuk kepada pelajar yang lebih mahir dalam sesetengah bab. Study group ni banyak memberi manfaat kerana belajar dengan perbincangan. Banyak permasalahan contohnya dalam pengiraan boleh diselesaikan dengan cepat. Tapi bila disalahgunakan erti study group ni memang tak jadi la belajar. Sepatutnya jadi study group tapi nanti jadi study gossip segala yang tak berkaitan.



3)Belajar sorang-sorang

Tak semua pelajar akan belajar berkumpulan dan tak semua pelajar akan belajar keseorangan. Kalau subjek pengiraan tu, memang digalakkan belajar berkumpulan tapi bagi bab yang kene banyak menghafal teori ni memang layak kene sorang-sorang. Nak menghafal pun kene ada mood nak menghafal gak. Kalau tak, buku je bukak tapi fikiran tah ke mana.



4)Belajar lebih masa

Yang ini memang selalu pelajar akan lakukan setiap kali ada apa-apa peperiksaan. Belajar lebih masa ini tak digalakkan sebab berkemungkinan akan menjejaskan untuk mengingati apa yang di baca semalam. Aku pun selalu buat..hehe Tidur lewat pun lewat jugak tapi kene amik masa untuk tidur.



5)Blur sewaktu peperiksaan

Aku paling tak suka yang ini. Serius tak suka! Penat-penat belajar, hilang begitu sahaja..huhu Kekecewaan yang melampau bila saat "masa dah tamat, sila letakkan pen anda" dengan kertas tak berapa penuh. Pernah terjadi kot, tapi nasib baik la lepas dan tak gagal. Mintak dijauhkan perkara sedemikian.



6)Gaya orang tak dapat jawab soalan

Yang ini aku tak pernah buat yer..hehe Tapi yang ini pernah orang buat. Macam-macam gaya boleh kita tengok. Ada yang melukis, ada yang luahkan perasaan, ada yang mohon diluluskan. Rasanya ada pensyarah bagi muka tak? =P







Akhir kata kepada mereka yang akan/sedang/semasa menduduki peperiksaan akhir, selamat berjuang dan semoga berjaya. Buatlah yang terbaik untuk diri sendiri. Tak ada seorang pun suka kene repeat paper kan? kan? kan?..hehe



"Do The Best, Among The Best"





p/s:banyak rumus nak kene ingat, banyak jalan kira nak kene faham konsep, banyak teori nak kene hafal..adeihh

10 Responses so far.

  1. Shakila says:

    dh terasa bahang adeh..
    ayuh zack entry kiter berjuang...
    we support each other hehe

  2. aida says:

    nak exam,semua orang da stat sakit jiwa..hahah

  3. Atokpantera says:

    suka gambar paus tu hahahha

  4. Z_zirconia says:

    tengok memang ramai students buat study group kat puo nie. gudluck ar ZE ye. mana tau nanti sy kena jaga exam anda. hehe.

  5. aimi says:

    g. luck.. esok ak exam..
    dah boring ngadap buku..
    jngn blur sudah esok... Amin...

  6. tia says:

    good luck n all the best!
    :)

  7. Qlah_pisces says:

    yup tinggal seminggu jer lagi nk exam.. huhuhu..
    smoga kt same2 leh wat yg terbaik..:)

  8. Efa says:

    yeah...moga berjaya....insyaallah...

  9. Jihairil says:

    Good Luck beb~!! hope dekan sem nih~ hehe

  10. Good Luck beb~!! hope dekan sem nih~ hehe

Share