Salam kepada semua,


[Repost]


Harap semua dalam keadaan baik. Kali ini aku nak ajar seni mempertahankan diri. Seni mempertahankan diri ini penting untuk kita melindungi diri dari ancaman bahaya. Tapi, jangan kita salah gunakan seni mempertahankan diri dengan niat untuk membalas dendam ok. Aku harap apa yang aku ajar nanti korang aplikasikan la yer..=P

Seni mempertahankan diri

Mula-mula korang kene berada dalam keadaan bersedia menghadapi segala situasi. Cuba untuk berani untuk melawan. Jika tiada keyakinan untuk melawan, pastikan korang bersedia untuk menjerit meminta tolong yer.

Jika penjenayah mula menghampiri, mulakan reaksi korang dengan berhati-hati. Sila ikuti cara yang ditunjukkan di dalam gambar.

Seni mempertahankan diri

Ha!agak-agak ada kesempatan tu, mulakan gerakan korang. Jangan tunggu sampai penjenayah yang menguasai korang. Kasi pecah rahang gigi tu! =P

Seni mempertahankan diri

Yang ini terbaik!Cari kelemahan utama. Mata, leher dan alat sulit(bagi lelaki). Aaauuuwww!!!aku tengok gambar pun dah leh rasa kesakitan yang penjenayah itu alami. Sakit kot, kene suis utama. Eh!macam aku lak yang kene lak yer..hehe

Seni mempertahankan diri

Kemudian, jangan tunggu sampai penjenayah tersebut bangun. Lakukan tindakan yang perlu untuk menjatuhkan dia. Kalau ada beg tangan, hayun saja ler..=D

Seni mempertahankan diri

Jika korang masih lagi berani untuk menyerang, gunakan aksi yang korang pernah lihat di kaca televisyen. Aksi taekwando, silat, karate, silambam, kungfu dan sebagainya. Kalau korang berani la yer..keke

Seni mempertahankan diri

Teruskan penguasaan korang pada penjenayah tersebut. Jangan beri dia peluang untuk bangun. Lakukan apa yang perlu supaya dia takut dengan keberanian korang.

Seni mempertahankan diri

Jika penjenayah sudah mengalah, apa yang perlu korang buat? Beredar dari kawasan tersebut dan cari tempat yang banyak orang. Tak perlu nak rasa bangga dapat kalahkan penjenayah pastu nak tangkap gambar la apa la. Jangan sampai penjenayah tu dah bangun baru nak mengelabah..


Ha, amacam? Dah cukup berani nak lawan penjenayah?hehe Ini semua rekaan semata-mata sahaja. Kalau tak yakin, cuba la lari sekuat yang mungkin ok? =P


Sebagai langkah berjaga-jaga bagi kaum hawa la yer. Jangan lalu di kawasan yang gelap berseorangan. Biarlah lebih dari seorang rakan atau paling minimum pun 3 orang. Bahaya lalu sorang-sorang ni lebih-lebih lagi kaum hawa. Nanti kalau ada berlaku sesuatu, tak ada orang yang tahu apa yang berlaku pada diri sendiri nanti. Nak lebih selamat lagi, pastikan ada seorang lelaki atau lebih. Ini boleh mengurangkan keyakinan penjenayah untuk mengganggu anda.





Sumber gambar aku dapat dari email..








p/s:dahsyat jugak perempuan dalam gambar tu..aku pun naik takut..kekeke

16 Responses so far.

  1. syafawani says:

    tq atas tips2 yang berguna..hehe:)

  2. zool says:

    tapi kena praktis benda ni. setakat tengok lum tentu lagi...
    sebab tu elok masuk seni mempertahankan diri.

  3. Nabiel says:

    pehhhh~
    klu kena cm no 4 tuh..mmg senak bai..
    mau2 mandul trus~hahaha

  4. ehem..
    kalo tak gabra tyme tuh,sempat je kot nak praktikkan?
    yg jd problemo ialah gabra..
    huu~

  5. ZE says:

    betul tu, memang kene praktis..=)

  6. ZE says:

    betul tu, keyakinan kene ada..hehe

  7. ZE says:

    lukis je la mampu..hehe =P

  8. ZE says:

    betul tu, laki pun kene taw..tetapi perempuan mesti kene taw..=)

  9. perkasa002 says:

    bgus untuk semua nie..laki pn kene tau nie..huhu

    p/s:thanks komen kt blog..setiap komen anda dihargai..=)
    **HIT MY LATEST UPDATE HERE**

  10. MR. MIND says:

    lukis blh r, cuba kalau btl...hahaha

  11. ZE says:

    betul tu..aku tengok gambar pun dah rasa senak..inikan kene macam tu..hanya mereka yang kene je taw macamana rasanya..hehe

  12. nisafadzil says:

    wohoo suka-suka.la ni banyak orang jahat kasi pukul sikit wattchaaa!!

  13. ZE says:

    wow dah bukak langkah nampak? =P

  14. Matrix01 says:

    Seharusnya bila tiba di step yang ke-3 atau ke-4 wanita tu larikan saja diri. Itu sudah cukup untuk melepaskan diri. Takut kalau penjenayah naik syeikh dan boleh mendatangkan kecederaan yang lebih teruk atau membunuh kerana marah. Sekian, pandangan dari saya.

Share