Salam kepada semua,


Harini dah mula sesi pembelajaran. Arghh!terasa malas sangat. Pagi-pagi dah turun hujan rahmat. Sejuk dia memang tak boleh tahan. Sekali terlelap, memang sampai tengah hari la baru bangun. Kelas harini mula pukul 10.30 sebab kelas pukul 9.00 dah batal sebelum cuti lagi. Semua budak rumah dah pergi kelas, tinggal aku sorang lak. Memang tak ada sapa la yang akan kejut aku nanti. Ini pun dah berjaga dari mula-mula bangun.





Pagi-pagi dah bukak laptop nak taw apa cerita terbaru. Sekali terpampang pulak kad merah(malware detected) ni. Ini bukan blog sesiapa, tetapi laman web harian metro online. Terkejut la jugak. Haritu GengBlogger , sekarang ini pulak. Kenapa lak boleh jadi macam tu yer?



Kalau bukak dari google, korang akan nampak ayat ini "This site may harm your computer." pada laman web harian metro. Disebabkan perasaan ingin tahu, akhirnya aku terjumpa link kak kujie dengan entry terbaru Amaran Malware Dari Innity . Kak kujie pun kene jugak tetapi aku abaikan jer malware detected tu..hehe

Jadi mereka-mereka yang menggunakan iklan innity akan mengalami malware detected ni. Aku cuba bukak blog Ariff Shah . Blog dia juga kene seperti gambar di bawah.





Ini jawapan dari Ariff Shah di FB.



Ini dari innity, ada juga dari web lain.



Ia terpulang kalau korang nak bukak atau tak. Kalau takut sangat tak perlu la. Tapi seperti blog kak kujie dan ariff shah dia dah bagitaw, boleh masuk. So, tak jadi masalah kalau korang nak singgah. Lagi bagus kalau korang masuk blog tu dan bagitaw dia blog dia ada malware detected dari sekian sekian. Itu tanda keprihatinan korang terhadap blogger lain.





Kalau takut sangat sangat sangat laptop kene apa-apa, pastikan antivirus masih berfungsi. Selalu diupdate dan jangan lupa scan.









p/s:kalau aku, aku abaikan jer malware detected tu..=P

10 Responses so far.

  1. fiD says:

    penyakit dunia alam maya kan bro...

  2. tia says:

    pasal gb lappy tia kne format!
    grrrrrr!

  3. the wawa says:

    blog sy pown penah kena malware warning.tp tataw sbb ape.

  4. cik aiLebiu says:

    x berani lg klu nk proceed je...antivirus xde ni..haha...adehlaa..

  5. Bidadarihijau says:

    sllu gak kene gini!!!haisyhhh

  6. kujie says:

    sesekali rasa seronok dpt 'kad merah'
    tak de lah kita leka sgt
    asalnya mmg dari Innity..dah buang segala kod
    siap scan server, scan komputer - remove semua badware tu
    tapi google webmaster ambil masa untuk remove warning tersebut

  7. Kujie says:

    Innity dah hntr email, punca malware dtg dari server dia org di Indonesia

  8. ZE says:

    kak, dah baca..terima kasih kerana bagitaw..=)


    btw, sory terkomen 2 kali..yg 1st tu lupa letak link blog..=P

  9. jay kay says:

    biasanya aku kene java script injection direct ke index php...sakit nk cleankan balik haha

Share