Salam kepada semua,


Sedang aku bersiap nak pergi berbuka di luar, aku dapat panggilan dari seorang rakan dan diberitahu rakannya terlibat dalam kes ragut atas motor. Kes ni berlaku petang tadi pada jam 6.30 petang di Pekan Razaki, Ipoh.

kes ragut



Ceritanya begini. Ada 3 orang gadis sedang naik motorsikal dari Pekan Razaki ke Medan Gopeng. Tiba-tiba sebuah motorsikal datang menghampiri untuk mengambil dompet di dalam bakul. Mungkin disebabkan jauh dan susah untuk mengambil dompet tersebut, peragut tu mengambil alternatif lain dengan cuba merampas gelang gadis tersebut. Malangnya, usaha peragut tersebut gagal. Dengan perasaan yang kecewa, peragut tersebut telah menolak gadis tersebut sebelum melarikan diri. Gadis tersebut jatuh tersungkur dengan motorsikal EX5. Walaupun gadis tersebut mengalami kecederaan di tangan dan kaki tapi bernasib baik kerana selamat. Gadis tersebut di bantu oleh orang awam membawanya ke klinik terdekat untuk meneriama rawatan dan terus membuat laporan polis.

Gadis tersebut adalah kawan kepada kawan aku. Tapi malangnya, maklumat yang diperolehi hanya peragut tersebut membawa motorsikal. Warna motor, nombor plat tidak dapat dikesan. Mungkin mereka terkejut dengan kejadian tersebut. Yang penting, nyawa selamat.



Sebenarnya, banyak kes ragut atas motor dah berlaku di sekitar kawasan perumahan ni. Antara kawasan yang sering berlaku adalah di Taman Cempaka, Taman Ampang dan Pekan Razaki. Semua mangsa adalah perempuan. Sem lepas juga ada kes seorang rakan kene ragut atas motor juga. Habis laptop kene sapu.




Kepada semua, sila berhati-hati dengan persekitaran terutama sekali kepada kaum hawa.






p/s:minggu depan dah nak raya, janganlah berlaku perkara yang diingini..qada' qadar je la..doa banyak-banyak untuk keselamatan diri..adeih

13 Responses so far.

  1. Dayana says:

    sekarang nie memang kena berhati-hati..makin tak selamat..

  2. aYaz says:

    aishh...
    puase2 cmni pun,x agak2 nak meragut..
    desperate sgt ke ape..

  3. bukan peragut je, skg kes pecah rumah berleluasa lg2 time org tgh g terawih

  4. zirconia says:

    siap tolak orang lagi tu. bahaya. tapi tak lama dulu ada kawan saya kena ragut atas motor, peragut tu dapat sampel kuih raya je. nasib tak jadi apa-apa.

  5. Ainin_87 says:

    saya tak pernah berani pakai barang kemas sebab sy ni guna pengangkutan awam so memang bahaya. Peragut adalah sangat membncikan okeh. Hidup dengan kesusahan orang lain. Geram.

  6. Shakila_amer says:

    uish dekat je tuh..kene berhati2 yah hehehe

  7. zool says:

    memang teruk sekarang peragut ni.. kat mana2 pun ada

  8. Atokpantera says:

    ksian org tu jatuh moto, pragut tu x pk ke. hmm.

  9. AnnFrendly says:

    Isk.. kesiannya..
    mesti budak perempuan tu fobia lepas ni...
    nasib baiklah dia selamat.. kalau tak.. dah lah nak beraya tak lama lagi..
    peragut ni memang tade hati perut..

  10. framestone says:

    kne hati2 gak nie.. coz bro klu turun ipoh mmg sellau lalu sini

  11. chenta says:

    my blog sudah diprivate kerana ada masalah jiwa melanda. kalau nak baca hantar email u kat i okey..i invite. =)

    pinky_baby87@yahoo.com

  12. Qyme Fuz says:

    Masalah betol peragut ne.
    memudaratkan orang lain.
    dah macam parasit.

Share