Salam kepada semua,


Digi iPhone 4, mesti ramai yang dah mengerahui tentangnya. Terlalu banyak perbezaan dan kelebihan yang dinaiktaraf pada iPhone 4 ini berbanding keluaran yang lepas. Dan kini, iPhone 4 telah berada di Malaysia. Dengan kesempatan ini, Digi dengan murah hati ingin memberi iPhone percuma kepada blogger yang bertuah.





Kenapa saya mahu iPhone 4 dari Digi ialah saya...



..boleh membuat panggilan jarak jauh. Dengan kelebihan facetime yang ada pada iphone 4, kita akan dapat berbual dengan rakan seperti bukan di alam maya. Ditambah dengan panggilan video, kita seakan-akan bercakap/berbual seperti di alam realiti atau macam bercakap dengan orang sebelah. Walaupun jauh api dekat di hati. Panggilan telefon seperti belum pernah korang lihat sebelum ini..



..boleh melihat segalanya dengan jelas. Berbanding dengan iPhone 3G, iPhone 4 memaparkan tulisan dan gambar yang lebih jelas. Fungsi retina display telah dipertingkatkan dan hasilnya kejelasan yang mengagumkan. Kalau sesiapa yang rabun tu mesti dah tak perlu pakai cermin mata dah..=P



..boleh membuka fail lain tanpa sebarang masalah. iPhone 4 telah memperkenalkan cara baru iaitu multitasking . Dengan cara ini, kita dapat membuka 3 aplikasi kegemaran serentak dan kita boleh beralih ke aplikasi lain tanpa mengurangkan kelajuan aplikasi lain dan tidak mengurangkan kuasa bateri sangat. Sungguh menarik. Dengar lagu sambil bukak facebok dan balas sms dan jawab telepon. Huh!memang menarik..hehe



..boleh rakam video. Dengan kelebihan hd video recording , kita boleh rakam video dengan gambar yang cantik. Kehebatan iPhone 4 ini setanding dengan videocam yang lain yang berjenama. Aplikasi dalam iPhone 4 ini juga ditambah dengan sistem editing video guna iMovie baru. Bila dah rakam, kita boleh edit lagi. Memang best, tak perlu nak upload kat laptop untuk edit. Buat kat iPhone 4 je, senang dan cepat.



..boleh tangkap gambar. Ini memang akan jadi pilihan utama. Dengan kamera 5-megapiksel baru dengan built-in flash LED, kita boleh shot gambar yang cantik dan lebih terperinci seakan-akan kita menggunakan camera DSLR. Kalau la dapat iPhone 4 ni, kamera DSLR akan ku tolak tepi..=P



..boleh update blog. Ini yang paling utama kepada mereka yang mempunyai blog. Kalau dah ini ditangan, blog akan diupdate tanpa rungutan "blog sudah bersawang". Setiap masa dan di mana jua, blog sentiasa akan diupdate. Semuanya dalam 1. Bak kata orang putih, "all in 1(one)"..hehehe



Cara nak sertai dalam mendapatkan iPhone 4 percuma dari DIGI ni, senang jer. Nak sertai jer yang senang, nak dapat tu bukan senang la yer..hehe Bagi yang masih ingin sertai dalam mendapatkan iPhone 4 ini, boleh klik sini .

go to DiGi iPhone4











p/s:Bagi yang telah menyertai, semoga berjaya dalam usaha untuk mendapatkan iPhone 4 yang canggih manggih ni..=)

5 Responses so far.

  1. Nabiel says:

    bro..
    ko copy code utk badges tuh..xde prblem ke bler nk post entry?
    ak bler dh siap..tkan preview tuh dlu..
    tp badges tuh tk kuar pn..huhuhu

  2. Lassiegewdix says:

    good luck :)

  3. Miss Lolly auw auw. says:

    mmg idam2 ipon nih =)

  4. salam Zack ,

    moga2 ada rezeki mng iPhone ye ! ;)

Share