Salam kepada semua,



Semalam aku dengan beberapa budak kelas pergi ke Jaya Jusco Ipoh kerana aku nak bayar bil maxis broadband. Selepas tu pergi melantak dekat food court. Selepas tu kitorang jalan-jalan sekitar bandar Ipoh. Saja nak hilangkan penat di badan yang tak hilang lagi ni.






Yang sebenarnya aku tersalah jalan sebab tak taw la pulak jalan depan Ipoh Parade ni sesak. Kalau nak diikutkan, lalu depan GM(Green Mall) lagi lenggang(tak sesak). Nak wat macamana, redah je la. Nak pusing pun jalan sesak dengan kereta.




Sampai kat tempat kejadian, ingat ada lah kemalangan berlaku ke. Sebab banyak la kereta dan motorsikal polis tu. Bayangkanlah, perhimpunan itu telah memaksa pihak polis menggunakan FRU. Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tak tahu. Cuba lihat gambar dibawah.


gambar FRU ni tak sempat ditangkap..ni dari pakcik google..=P


FRU(Federal Reserve Unit) iaitu Pasukan Simpanan Persekutuan di mana korang pernah lihat di kaca tv. Jalan memang sesak masa tu. Rupa-rupanya jalan sesak dengan perhimpunan orang ramai berteriak apa tah siap bawa sepanduk lagi. Yang sempat nampak ialah "Jangan Mansuhkan ISA". Tak taw la betul ke tak sebab aku bawak kereta dan member semua tengah duk tangkap gambar..hehe Berikut adalah gambar hasil daripada tangkapan member-member yang suka bergambar..=P













Perhimpunan tersebut tidak bertahan lama kerana polis telah pun meleraikannya tidak sampai setengah jam. Nak tahu lebih lanjut, tengok la berita yer..=)









p/s:aku bangun lewat lak pagi tadi nak pergi kuliah..haish..nasib baik sempat..kalau tak kene pakai helmet terbalik dalam kelas..=P

2 Responses so far.

  1. Amirullizzat says:

    salam..hurm..mesti pasal ISA..jangan mansuhkan ISA? aduhai..macam2.

  2. et_macho says:

    hihihi.dahsat btol.ikh3.tak minat la benda2 macam neh.rimas.

Share