Salam kepada semua,



Ok, ini entry tengah malam sebelum masuk tidur. Sekarang sudah masuk bulan Ogos dan bulan Ramadhan pun dah boleh bilang dengan jari. Minggu ni agak kesibukan kerana akan masuk pertandingan bola sepak padang dan mungkin masuk badminton perseorangan. Segala latihan setiap petang sedang giat dijalankan. Harap keputusan agak memberangsangkan. Jadi, apakah ciri-ciri bagi mereka yang lahir pada bulan Julai pula? =)





Ciri-ciri bagi mereka yang lahir pada bulan Julai..

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja











p/s:terasa lenguh satu badan..adesss

4 Responses so far.

  1. mudah gemuk klu tak kwal diet? errr

  2. kyo_9 says:

    lemah kesihatan perut? x leh blah..

  3. hanif7 says:

    Aik...macam betul jer semua tu,ke secara kebetulan..haha

  4. chuck says:

    patutla member aku lebih kurang je prangai dia cam ciri2 kat atas...

Share