Salam kepada semua,



Fantasy Premier League 2010/2011 telah pun bermula sabtu lepas dengan perlawanan pertama untuk musim 2010/2011. Kali ini aku nak ajak korang semua join liga GB Fantasy yang dicipta oleh kkscom . Mungkin ramai yang dah tahu mengenainya dan mesti ada juga yang masih tak tahu.





Bagi yang dah tahu dan berminat nak join, boleh la join liga dengan menggunakan kod ini 354800-328244. Sekarang ini aku nak cerita bagi yang belum mengenali fantasy football ni. Permainan fantasy football ni ialah senang cerita korang adalah seorang pengurus sebuah pasukan. Bermaksud korang sendiri yang membina pasukan sendiri dengan membeli pemain tertentu berdasarkan kewangan yang ada. Mata berdasarkan perlawanan bola yang sebenar.

Senang cerita, aku cerita macamana nak join. Mula-mula klik web ini Fantasy Premier League 2010/2011 . Dan korang kene daftar terlebih dahulu.



Isi la semua alamat, email dan semua yang diminta. Dah selesai mendaftar, korang kene la pilih pemain mana yang korang nak masukkan dalam squad korang.



Korang diberi 100 duit untuk membeli pemain. Jadi, pandai-pandai la korang nak beli pemain. Duit takkan cukup kalau korang beli semua pemain top.

Peraturan membeli pemain.

Untuk setiap perlawanan, korang diberikan 1 kali percuma pertukaran pemain untuk seorang. Maknanya, selepas mata/point tidak akan ditolak untuk pertukaran 1 pemain pecuma. Untuk pemain kedua dan seterusnya, mata/point akan ditolak sebanyak 4 mata/point. Maknanya, kalau korang tukar 4 pemain maknanya 12 mata akan ditolak. Kalau boleh, kurangkan menukar pemain kerana lagi kerap korang tukar pemain lagi banyak la mata akan ditolak. Jadi, pandai-pandai la korang beli pemain.

Tips membeli pemain dari aku.

Sebelum membeli pemain, kalau boleh korang tetapkan dulu formasi apa korang nak guna. Antara formasinya ialah 4-4-2, 3-5-2,3-4-3, 5-3-2, 5-4-1, 5-2-3 dan ada lagi kot. Kenapa kene taw formasi dulu? Untuk posisi yang korang tetapkan, korang beli la pemain yang bakal bermain di padang. Yang selebihnya adalah pemain simpanan. Takkan la korang nak letak pemain top jadi pemain simpanan kan.



Untuk pemain simpanan ni beli la yang murah-murah. Jimat sikit nak beli pemain yang utama. Murah pun jangan murah sangat. Beli yang mampu memberi mata atau yang selalu dimasukkan dalam squad utama. Ini tips dari aku untuk permulaan bagi yang baru nak mengenali fantasy football ni apa. Yang dah taw tu, kalau nak taw pun tak salah..=)

Banyak yang boleh korang boleh ketahui dalam fantasy football ni. Antaranya ialah korang boleh taw perlawanan pasukan apa melawan pasukan apa.



Korang juga boleh taw jadual pusingan seterusnya pasukan mana lawan pasukan mana.



Dengan bantuan jadual ini, korang boleh la merancang pemain apa yang korang nak gugurkan dan pemain mana yang korang nak serapkan dalam squad.

Bila nak beli pemain, mesti korang akan nampak warna merah atau warna kuning pada nama pemain. Warna merah tu bermaksud samada pemain itu kene kad merah atau mengalami kecederaan dan mengambil masa yang lama untuk beraksi. Yang ini korang jangan la beli ye, rugi.



Warna kuning pula adalah samada pemain itu akan pulih dari kecederaan dalam masa terdekat atau boleh dikatakan akan bermain untuk perlawanan seterusnya. Kadang-kadang pemain tu akan bermain dan kadang-kadang pemain itu hanya duduk di bangku simpanan. Selalu la ikut perkembangan bola sepak ye kalau nak taw pemain itu diturunkan atau tidak.



Join liga.

Lepas dah setel beli pemain, join la liga GB Fantasy yer. Macamana nak join?



Mula-mula korang klik pada manage league tu.



Pastu klik dekat join dan isi kod seperti dibawah.



Kalau korang nak buat liga member-member pun boleh jugak.



Aku harap segala penjelasan aku dapat difahami oleh semua. Bende ni simple sahaja dan semua orang boleh join. Tak semestinya lelaki sahaja boleh join, kalau ada perempuan yang berminat pun boleh je join.

Bagi yang telah sertai, boleh la bagi nama pasukan dan link blog supaya boleh la aku taw siapa yang main. Masih belum terlambat untuk join kerana baru 1 perlawanan. Permaianan ini nasib jer dan belum tentu yang join dari awal akan tinggi matanya.

Sebarang pertanyaan boleh kemukakan di ruangan komen. Kalau boleh, sebar-sebarkan ajak la member-member lain join. Lagi ramai yang join mest lagi seronok punya. Kita main untuk suka-suka dan tiada unsur judi atau pelaburan duit.








p/s:abang drogba terlalu garang untuk perlawanan pertama..aku masih dalam pemerhatian terhadap pemain Blackpool..=)

10 Responses so far.

  1. saya dah join.. anda bila lg?? =)

    my recent post:
    waka waka kini laka laka???

  2. Syima_syaz says:

    sama je dgn adik...hehe

  3. Kimi says:

    Join jugak yep =p

  4. tubelawak says:

    aku dah tinggai dah game ni.. dulu addicted.. neghehehe

  5. syazberry says:

    saya tak reti main. haha. bola lagi saya xsuka. hehe

  6. Fahmie's Hyperlink says:

    Harimau Malaya ade tak??^___^

  7. Kilaaaa says:

    aaaaaaa macam best je kekeke

  8. 4east says:

    nanti aku join..huhu...
    p/s:thanks komen kt blog..setiap komen anda dihargai..=)
    **HIT MY LATEST UPDATE HERE**

  9. cintanajihah says:

    alaaaa. game y comey2 xkt ade x? ahak~

  10. miss labi says:

    dulu ada join gak, join kod member2 sekolah tp wat gender male sbb xmau org tahu..kahkahkah..tapi lama gila dah tinggal..ehehe

Share