Salam kepada semua,



Entry sebelum..
Episode 1 (Gua Sanding)
Episode 2 (Gua Angin)
Episode 3 (Gua Ular)


Perjalanan diteruskan ke Gua Intan. Perjalanan menuju ke Gua Intan tidak melalui liku-liku, panjat itu ini. Hanya melalui jalan landai sahaja.

jelajah gua intan



Kami bernasib baik kerana perjalanan menuju ke Gua Intan, cuaca agak mendung. Dengan cuaca yang agak baik, kami meneruskan perjalanan tanpa berehat. Perjalanan ke Gua Intan dari Gua Ular mengambil masa kurang dari 10 minit.





Berikut pemandangan sekitar sepanjang menuju ke Gua Intan. Maaflah kalau gambar agak amatur..huhu









Ini gambar telaga di depan Gua Intan. Maklumat mengenainya tidak diketahui. Anggaplah ia satu misteri..hehe



Untuk ke Gua Intan, kami kene menaiki tangga yang agak kecik dan muat-muat ni untuk ke atas.







Pintu masuk Gua Intan.



Mesti ada sebab kenapa gua ini diberi nama Gua Intan. Kenapa yer? =)




Licin, sejuk dan berkilau.

Sebabnya ialah, di dalam Gua Intan ini terdapat sumber intan disekeliling gua ini. =)





Korang boleh nampak cahaya yang terpantul dari batu intan itu.



Ini adalah tempat bertapa bagi pengunjung yang ingin bertapa di dalam Gua Intan ini. Ada cerita di sebalik tempat pertapaan ini.



Ceritanya berbunyi begini. Pernah ada 8 orang petapa datang melihat dan melawat Gua Intan. Dan mereka juga bertapa di dalam Gua Intan ini. Mereka berlapan duduk jarak-jarak. Kira kalau dieorang depakan tangan dieorang, tak akan kene satu sama lain.

Mereka pun bertapa. Nak dijadikan cerita, ada diantara mereka terdengar bunyi bende. Nak taw apa benda bunyi tersebut? Bunyi tersebut adalah mereka seakan-akan berada di sebuah perkampungan yang ada kanak-kanak berlari, orang tengah memasak, orang tengah bercakap dan sebagainya. Dikatakan, kawasan tersebut adalah kawasan bunian. Wallahualam.. Disebabkan mereka(8orang tadi) ketakutan, dieorang pun segera meninggalkan tempat pertapaan dengan secepat mungkin. Habis cerita. hehe

Disebabkan cerita itu, kami diminta oleh abang @ pemantau kami cuba bertapa di tempat pertapaan tersebut. Dieorang kata, kalau diam dalam 10 minit kita akan dengar bunyi tersebut.



Selepas semua dah diam dan semua lampu ditutup. Keadaan menjadi tersangat sunyi dan gelap gelita. Boleh dengar air gua jatuh menitik. Semua cuba untuk mendengar. Tapi tak sampai beberapa minit, pakcik tu dah bukak lampu tanya ada dengar apa-apa tak.

Ada yang dengar tapi samar-samar. Ada yang dengar macam suasana perkampungan. Ada yang dengar perut orang sebelah berbunyi kuat(lapar)..kehkeh Aku tak dapat dengar apa-apa. Nasib tak menyebelahi aku..haish

Sesi berjalan-jalan sekitar Gua Intan diteruskan lagi. Ada banyak bentuk batu yang terdapat di dalam Gua Intan ini jarang kita ditemui di luar sana.









Selesai sudah entry Ekspedisi Jelajah Gua. Keempat-empat gua yang kami pergi mengambil masa dari pagi sampai ke petang. Petang pun dalam pukul 3 lebih. Penat memang penat tapi agak menyeronokkan.



Entry sebelum..
Episode 1 (Gua Sanding)
Episode 2 (Gua Angin)
Episode 3 (Gua Ular)

Bagi yang terlepas Episod Jelajah Gua yang lepas dan sudi untuk mengetahuinya, boleh klik link yang aku sediakan. Aku harap pembaca boleh menerima gaya penulisan aku ni. Sekian.







p/s:lepas ni, aku nak jelajah apa pulak yer? =)

3 Responses so far.

  1. Makcik85 says:

    bestnye..lama x buat aktiviti macam gini..dulu kat sekolah ada ekspedisi panjat gunung tebu..wapun semangat nak join tapi mak xbagi sebab takut ada benda ikut balik..kuikui..sadis je kan? huhu

  2. miss labi says:

    makcik85 itu adalah miss labi..hrp maklum..hahahaha :P

  3. Nia says:

    subhanallah! canteknya kat dalam tu berkilau-kilauan...kalau psl telaga tu tanya org dekat2 situ maybe diaorg tau kot?

Share