Salam kepada semua,


Entry sebelum Ekspedisi Jelajah Gua - Episode 1 (Gua Sanding)


Perjalanan seterusnya diteruskan ke Gua Angin. Permulaan perjalanan tidak terlalu sukar. Tetapi perjalanan masih perlu melintasi liku-liku batu besar yang tak berapa besar.

gua angin







Sampai di satu tempat, kene naik menggunakan sebuah tangga untuk ke atas. Disebabkan terlalu tinggi dan terlalu perlahan, agak lama jugak aku nak tunggu giliran naik tangga.





Disebabkan itu, aku mengambil jalan alternatif yang lain iaitu dengan panjat menggunakan akar pokok. Mula-mula tu agak sangsi dengan kekuatan akar tu, tapi berjaya juga aku sampai ke atas.




Perjalanan seterusnya memasuki jalan yang agak sempit ruangnya.





Bahagian ini paling mencabar di antara keempat-empat gua yang kami lalui. Ini kerana kawasan yang dilalui agak sukar dilalui kerana terpaksa melalui tebing-tebing batu. Keselamatan kami hanya bergantung kepada akar pokok dan pegangan lekuk batu. Kalau tergelincir, kami akan jatuh ke bawah.



Lubang ini agak kecik kerana untuk melaluinya, kami semua terpaksa mencangkung.



Tahap kesukaran tidak berhenti begitu sahaja. Masih lagi terpaksa melalui tebing gua. Ok, tebing disini lebih seram sikit dari tebing sebelum ni. Terpaksa bergantung lagi pada akar pokok dan lekuk batu.



Selesai tahap kesukaran tadi, kami sampai ke tempat landai. Ini gambar batu yang dikatakan berbentuk lilin?



Perjalanan di teruskan ke dalam gua. Disebabkan aku tak ada lampu suluh, aku terpaksa bergantung kepada lampu hp. Memang gelap sesangat.





Sampai di satu tempat, kami kene menuruni satu lorong. Khidmat lampu suluh amat sangat diperlukan. Lorong ini kemudiannya menuju ke bawah lagi. Perjalanan untuk ke bawah menggunakan tangga yang telah disediakan. Dan jambatan yang ada hanya diperbuat dari 3 batang kayu sahaja. Kalau jatuh, masuk ler dalam air..=)







Perjalanan masih diteruskan dengan berjalan mengikut laluan yang ada.






Disebabkan terlalu gelap, aku tak nampak apa yang aku pijak. Aku hampir tersadung atau terjatuh kerana rupa bentuk jalan yang tidak rata.



Akhirnya sampai juga ke penghujung Gua Angin.



Gua ini dipanggil Gua Angin kerana dikatakan di dalam gua ini terdapat satu lubang yang mengeluarkan angin atau terasa angin melaluinya. Fakta ini belum disahihkan betul atau tak. Siri ekspedisi diteruskan lagi ke Gua Ular..bersambung episod 3..









p/s:aku agak lama nak cerita ekspedisi ni kerana mengambil masa yang lama untuk buat cerita berdasarkan gambar..adesss

10 Responses so far.

  1. myra_zoe says:

    waa syoknye..teringin nak gi ekspidisi gini...

  2. infozi says:

    waaa.. cambest je bro.. sugguh advanture!

  3. ZE says:

    memang advanture..=)

  4. ZE says:

    ini perancangan dengan budak sekuliah ajer..=)

  5. ayaa alyy says:

    best nyaaaa. dh lame xbuat aktiviti cmnieee

  6. aainaaKhairunnisa says:

    bestnya masuk gua....penah masuk gua sekali jek...tu pun zaman sekolah menengah dulu....uhuhuhhu....

  7. ZE says:

    ok la tu, ada pengalaman..=)

  8. ZE says:

    buat la perancangan aktiviti yang berfaedah..=)

  9. amalina rashid says:

    okay, serious seronok! hobby yg sgt bgus. keep it up!

  10. ZE says:

    terima kasih..=)

Share