Salam kepada semua,



Kali ini aku nak cerita tentang ekspedisi jelajah gua di negeri Perak aku bersama dengan kawan sekelas. Rancang punya rancang akhirnya kami berjaya melaksanakannya. Ekspedisi ini dihadiri oleh 11 orang lelaki dan 16 orang perempuan dan semuanya kawan sekelas. Antara gua-gua yang dijelajah ialah Gua Sanding, Gua Angin, Gua Ular dan Gua Intan.






Ekspedisi ini hanya dirancang tak sampai seminggu dan hari yang dipilih adalah hari sabtu bersamaan dengan 31 Julai 2010. Aku teruskan dengan cerita ekspedisi. Kami berkumpul dalam pukul 9.30 pagi dan bertolak dalam pukul 10.15 pagi. Kami semua pergi dengan menaiki motorsikal.



Sebanyak 14 buah motorsikal berkonvoi gerak ke destinasi. Perjalanan ke sana mengambil masa 30-45 minit mengikut kelajuan yang terkawal. Tidak laju dan tidak lambat. Masing-masing menjaga keselamatan diri dan penumpang di belakang.






Apabila sampai di sana, kami disambut oleh beberapa orang abang yang akan bersama kami dalam jelajah masuk ke gua. Mereka juga memberi nasihat dan teguran sedikit sebelum memulakan perjalanan. Antara aspek yang ditekankan sekali adalah aspek keselamatan. Kami tak banyak buang masa melepak di tempat letak motorsikal dan meneruskan aktiviti jelajah gua..=)





Jalan tak berapa belukar sangat untuk ke gua pertama untuk dijelajah. Gua pertama yang kami masuk adalah Gua Sanding.









Sebelum masuk Gua Sanding ni macam biasa lah. Bila kita melawat ke tempat-tempat yang tidak berpenghuni, kene la baca apa-apa ayat yang patut seperti baca BISMILLAH, selawat atau bagi salam ker. Yang paling utama adalah mulut jangan celupar..=)



Permulaan masuk ke gua agak kotor. Kenapa?Kami terpaksa redah lumpur yang penuh dengan najis kelawar. Bukan itu saja yang ada pada lumpur. Terdapat juga serangga geli-geli seperti lipas, serangga tak kenal..hehe Memang tak dapat nak bayangkan dengan kasut kotornya. Nasib baik aku pakai kasut hitam. Kat dalam ini ada batu yang menyerupai mayat tetapi aku tak sempat nak amik gambar sebab bila aku dah keluar baru diberitahu. Nak masuk balik malas sebab malas nak menambah kotoran di kasut..=P


banyak kelawar berterbangan di dalam gua

Kalau nak tahu. Bila masuk dalam Gua Sanding ni, ada macam hujan taw. Tapi ini hujan bukan sebarang hujan. Ini hujan dari kencing dan najis dari kelawar yang berterbangan..kehkeh



Pemandangan di dalam Gua Sanding





Selepas itu, kitorang naik bahagian atas pula. Dikatakan, boleh ternampak kelibat nenek kebayan. Cuba lihat gambar di bawah. =)



Nampak tak?kalau tak nampak aku highlightkan..



Ini bukan nenek kebayan(makhluk halus) yer, ini batu yang menyerupai seperti nenek kebayan. Ia bukan lukisan. Kalau dilihat pada bahagian depan tu nampak seakan-akan ada muka. Malas nak tengok lama-lama, meremang bulu roma..=)



Dah habis mereka-mereka sakan bergambar, kami teruskan kan perjalanan.







Hasil dari masuk gua dan keluar dari gua, aku dapat hadiah(taik kelawar) dari geng kelawar. =P



Sebelum aku terlupa. Gua ini diberi nama Gua Sanding kerana terdapat batu yang menyerupai 2 orang sedang bersanding. Tetapi batu tersebut dikatakan dah tak nampak kerana telah jatuh dan hanya tinggal satu pihak jer kot. Aku tak taw lak yang jatuh tu pihak lelaki atau perempuan..lupa nak tanya..hehe



Ekspedisi diteruskan dengan menuju ke Gua Angin...bersambung episod 2...










p/s:entry agak panjang..harap korang tak bosan..selamat membaca..=)

16 Responses so far.

  1. Velasrizal says:

    wah teringin gak nk ke sini..

    Jom Jalan-Jalan Di i-City

  2. wahh..pasni kalau nak masuk gua, kena bawak payung laa..

    hoh! pic nenek kebayan tu mmg seram. nak pulak siap bulat ngan kaler merah..hehe.serammssss..:D

    last skali... memang lawak part pengantin ilang dh sorang sbb dh jatuh..hehe..sila patah balik ke gua dan tanya. saya nak tahu jugak ;p hehe



    Latest entry : Gempar! Anak Vampire Kantoi Hisap 'Darah' Di Siang Hari

  3. zackentry says:

    pic tu memang seram..tak berani tengok lama-lama..hehe..nanti saya cuba tanya..=)

  4. Bidadarihijau says:

    best nye!!!tapi BH adalah penakot..ahahahha

  5. ZE says:

    tak pe..boleh jer pegi..belum cuba belum taw..=)

  6. Nisa says:

    ingatkan, GUA SANDING tu ze sanding. KAHKAH. erk, lawa jugak isi dalam dia ek.

    apa lagi, amik la taik kelawar tu, framekn. ;p

  7. zzqah says:

    gua sanding bukan kat kota gelanggi , jerantut pahang ke ?

  8. tia says:

    nenek kebayan tuh pnye gaye mcm witch jaat pon ade!

  9. ZE says:

    itu yang kat Pahang..ini yang kat Perak punya..=)

  10. ZE says:

    lambat lagi den nak bersanding..=)

  11. ZE says:

    Memang ada gaya..=)

  12. terhingin sangat nak konvoi gini. waaaaaaaaah mesti besh :)

  13. ieqa swetluv says:

    wahh menariknye.. ika suke bende2 camni mmg adventure la huhu

  14. Nisa says:

    alaa. ni bila nak sambung. da lama ni. :P

  15. syahiraariff says:

    ish seram aku negok nenek kebayan tu


    http://narcissafelton.blogspot.com

Share