Salam kepada semua,


Dah 3 hari aku tidak sihat dan dah 2 hari tak berupdate. Walaupun masih tak sihat nak menaip tapi aku cuba juga untuk menaip. Bermula dengan sakit tekak, datang pula badan panas. Bila satu badan panas, badan jadi tak larat. Badan meminta-minta untuk berehat tapi urusan tugasan perlu aku siapkan. Walaupun agak lambat tapi aku mesti buat.

tak sihat

credit to en.google



Walaupun aku tidak update blog tapi aku cuba untuk blogwalking. Tetapi aku tak mampu jugak. Bila badan dah tak sihat, mata pun dalam keadaan lemah. Jadi aku tidak boleh lama melihat screen laptop. Mintak maaf kepada mereka yang update tapi aku tidak dapat singgah komen.

Penyakit batuk pun mula nak mengedik datang. Walaupun tak teruk tapi memperlahankan pergerakan serta urusan yang aku perlu buat. Setiap hari aku tidur lewat untuk menyiapkan tugasan. Esok bebanan terhadap aku makin bertambah. Terdapat kuiz dan ujian dalam kejuruteraan tapak.

Walaupun hanya teori sahaja tapi aku ni agak lemah dalam menghafal. Lebih-lebih lagi dalam keadaan aku yang tidak tentu lagi. Apapun aku harap esok akan menjadi lebih baik dari hari sebelum ni.....














p/s: jagalah kesihatan...

4 Responses so far.

  1. alololo..get well soon ZE! :)

  2. kambenghitam says:

    semoga cepat sembuh ;) tu penghapus dosa2 kecil tu ;)

  3. niseca says:

    semoga cepat sembuh. tuuuuuu la. asik panggil orang nakal. erk, muka ze macam baby tu ke? wahhh sama lah kita. KAHKAH

  4. jg diri jgn lupe mkn ubat k =)

Share