Salam kepada semua,


Sempena entry aku yang ke 104(tak perasan dah lebih 4), kali ini aku hendak bercerita tentang blog aku. Untuk pengetahuan semua, blog aku sudah pun berusia 8 bulan. Walaupun trafik tak la sehebat mana tapi masih lagi diupdate mengikut kelapangan. Bukan tak mencari trafik tetapi ada komitmen lain yang perlu diselesaikan.

Sebenarnya ini adalah sebuah tag dari seorang kakak(blogger jugak) dan ini link blognya. Dari tag tersebut aku buat entry ini. Dapat jugak award. Pink lak tu..adeih





Apa nama blog dan kenapa aku letak nama blog tu?



Sepertimana yang korang boleh lihat pada header blog ini, nama blog ini ialah Zack Entry. Zack Entry bermaksud semua entry post dalam blog ini dibuat oleh empunya blog sendiri. Bukan pihak kedua atau pihak ketiga. 100% aku yang taip, aku yang edit, aku yang copy mana-mana, aku yang plagiat(besertakan link dari mana) dan segalanya aku. Aku juga menggunakan motto/slogan "Bila aku menaip bermakna aku sedang bercerita". Maksudnya kalau aku tak update tu paham-paham sendiri la yer..hehe

Bila blog aku mula beroperasi?



Kalau tak silap blog aku mula diperkenalkan pada 18 Disember 2009(tak pasti). Masa tu nak promote blog susah, kene jalan-jalan blog orang. Kene komen blog orang. Kene follow blog orang. Masa tu juga GengBlogger belum lagi aku kenal. Jangan kata gengblogger, nuffnang pun aku tak kenal lagi masa tu..

Siapa follower pertama aku?



Entah. Aku kot..hehe Dulu aku pun pernah guna "i follow u, U follow me". Maklum la baru berblogging. Mesti jakon dengan bende-bende(widget) yang menarik. Tapi sekarang aku tak amik sangat pasal follower ni. Bagi aku, blog yang di follow itu sepatutnya tarikan dari hasil penulisan penulis blog, hasil karya, info-info menarik, cerita yang best. Jangan pentingkan follower. Pentingkan prestasi penulisan dan input/info yang menarik.

Sejak bila aku mula berblogging?

Dulu aku hanya ada ym dan myspace jer. Myspace pun jarang bukak. Tapi bila aku kerja, aku tak taw nak buat apa setiap malam. Aku pun bukak myspace balik. Godek sana dan godek sini. Aku terjumpa 2 blog ni, blog Kambeng Hitam dan Sara. Aku tak kenal pun dieorang. Setiap malam aku bukak blog mereka berdua. Masa tu dieorang giat update. Sebab masa tu time cuti bulan 12, memang masa cuti belajar. Bila dah lama tu, aku pun gatal tangan nak ada blog jugak. Tercipta la blog Zack Entry(ada sama dengan iklan coco crunch tak)hehe. "Orang ada blog, dia pun nak ada blog gak"..haish

Macamana perasaan atau tahap berblog aku sekarang?

Dulu aku hanya berblog hanya untuk suka-suka. Letak gambar la. Copy dari email la. Tapi objektif berblogging tak tercapai kalau aku tak bercerita. Bila aku bercerita baru aku taw yang aku sedang berblogging. Ini pendapat aku la kan. Mula-mula tu memang susah nak buat ayat. Bila dah makin lama tu ok la.

Bagi aku, tahap berblog aku masih lagi peringkat bawahan. Masih lagi tidak layak dapat sebarang award. Masih lagi cuba untuk meningkatkan mutu penulisan blog.


Penghargaan kepada pemberi tag Warna-warni Chentaku





*Note
Sebelum aku buat blog, aku cari dulu identiti blog. Blog jenis macamana aku ni. Tarikan macamana aku perlu ada. Jadi bagi aku nama blog Zack Entry adalah sesuai.

Mengenai url blog. Aku bukan seorang hacker. Dulu aku tak tau nak letak url apa. Pikir punya pikir, hacker jugak yang sampai dulu. Tapi aku rasa macam nak tukar jer.. adess (boleh ke ubah url blog?)









p/s: jadi, apa pandangan korang mengenai blog aku?

20 Responses so far.

  1. Zue_smileyx5 says:

    hahahaha..maceh..terharu kakak bab diberi penghargaan...hahahha=D

  2. fiD says:

    tahniah bro! enjoy blogging!

  3. Edda_jess says:

    blog kamu sngat bgus.. aik?? baru 8 bulan rupanya.. hebat2...keep it up

  4. dgurlinred says:

    <-- addict berblogging!!

  5. kambenghitam says:

    terima kasih zack ;) sgt cool lah org ni baru lapan bulan dah mcm ni. buck it up! =)

  6. ReDLiNdA says:

    hahah..1st time knal blog zack terus fikir "hacker ke dia ni??"

    rasa2nya pernah kot tanya zack soalan tu dalam komen kat entry mana ntah..hahaha


    Latest Entry : Review Filem Street Dance

  7. hebat.. ika mula berblogging pon lebih kurang cam zack gak hehe

  8. miss labi says:

    only have this one honest but +ve comment-> lagi best kalo no 'read more' functions..however, lain org lain taste :)

  9. ZE says:

    blog kita sebaya la yer..umur kita sebaya tak?? =P

  10. Shakila says:

    gud luck my prenzz
    i'll support u..

  11. cik jue says:

    =) simple
    aku sk bace blog simple n byk info.
    gud job.x smpai sethun ek..
    ~ bru jmpa blog ni..hehe..da follow =)

  12. tahniah, anda seorang blogger yang bagus :)
    blog aku pun bukan lame sangat. baru nak masuk miggu ke-3 nie..2 pun hasil dorongan pendekar berkuda.kalau x, myb x wujud blog bebas nie :)

  13. Unknown says:

    bagus lah blog nie..suke...bacerrr...

Share