Salam kepada semua,


Akhirnya German menang ke atas Uruguay dan menduduki tempat ke-3 pada Piala Dunia 2010 kali ini. German menang dengan keputusan 3-2. Dengan kemenangan German ke atas Uruguay, tercipta la rekod 82 tahun tanpa kalah German bertemu dengan Uruguay.


German Menang




Gol pembukaan semalam hasil jaringan Thomas Muller pada minit ke 19. Uruguay pula berjaya menyamakan kedudukan dengan seri 1-1 pada minit ke 28 hasil jaringan Edinson Cavani. Pada separuh masa pertama, perlawanan hanya berkesudahan seri 1-1.


Pada separuh masa kedua, Diego Forlan berjaya membuat jaringan pada minit ke 51. Tetapi German tidak mampu mengalah. 5 minit kemudian Marcell Jensen, berjaya menyamakan kedudukan 2-2. Demi menyelamatkan maruah tanpa kalah German kepada Uruguay, hasil tandukan Sami Khedira. Perlawanan berkesudahan dengan 3-2.


German Menang Tempat Ke-3


Tahniah kepada pasukan German dan pasukan Uruguay kerana mampu berjaya ke tahap ini. Tapi aku pelik kenapa Miroslav klose, Lukas Podolski dan Phillip Lahm tak diturunkan eh??






Habis sudah yang ke3 dan ke4. Sekarang giliran penentuan Juara Piala Dunia pula. Malam ni(pagi Isnin) perlawanan antara Belanda dengan Sepanyol. Pasukan mana yang akan menjulang gelaran juara Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan kali ini?? =)












p/s:aku target Spain..=P

One Response so far.

  1. niseca says:

    SEPANYOLLLLLLLLLLL ! 3 - 2

Share