Salam kepada semua,


Perlawanan malam ini menyaksikan perlawanan oleh pasukan Spain dan pasukan German. Perlawanan pagi nanti(2.30 a.m) boleh dikatakan amat sengit dan layak dikatakan macam perlawanan final Piala Dunia 2010. Spain dan German mempunyai kelebihan pemain yang agak hebat dan berbakat. Masing-masing akan bertembung dan merebut ke pusingan seterusnya iaitu perlawanan akhir menentang Belanda.

Spain,German

Rasa-rasanya pasukan manakah yang akan mara ke perlawanan akhir?Adakah pasukan german atau pasukan Spain? =)



Pasukan Spain yang dibarisi dengan pemain-pemain berbakat mampu memberi saingan sengit pada perlawanan menentang German nanti. Walaupun Spain hanya menang dengan gol yang sedikit di perlawanan yang lepas, tetapi itu sudah memadai untuk Spain layak ke pusingan separuh akhir. Mampukah David Villa menghancurkan benteng pertahanan German? =)

David Villa

Pasukan Spain sekarang asyik menggunakan tiga penyerang dalam strategi mereka. Andres Inesta, Fernando Torres dan David Villa. Dalam tiga-tiga penyerang itu, David Villa yang agak menyerlah dengan berjaya menyumbat 4 gol sama dengan jaringan Miroslav Klose.

Pasukan German dan Spain beraksi baik selepas 1 kekalahan di peringkat kumpulan. Kedua-dua pasukan pernah mengejutkan penyokong sendiri dengan kekalahan kepada pasukan bukan dikatakan mereka mampu menang. Walaupun begitu, kedua-dua pasukan berjaya ke pusingan separuh akhir.

Miroslave Klose

Pasukan German mara dengan garang setelah berjaya mengalahkan pasukan besar seperti England dan Argentina dengan gol jaringan yang banyak. German telah mengaibkan pasukan England dan Argentina dengan berjaya membolosi kedua-dua pasukan tersebut dengan 4 gol. Permainan pasukan German agak menarik dan mereka bermain betul-betul berpasukan. Tiada satu ungkapan bolot dalam diri pemain German kerana ramai pemain mereka berjaya membuat jaringan. Berjayakah Miroslav Klose merobek gawang Spain?=)




Bagi aku, peluang German untuk menang agak tinggi berdasarkan prestasi keseluruhan pemain German. Spain mungkin akan memberi saingan sengit kerana mereka mempunyai pemain yang hebat.











p/s: betul atau tak ramalan si sotong Paul tu, aku tak kesah pun..kalau betul pun, ia hanya seekor sotong..=)

9 Responses so far.

  1. ahhhh.... german.... tp sotong tue pilih spain... huhu :D

    my recent post:
    Germany... aku support kau

  2. Mirol says:

    german..german...!

  3. zackentry says:

    itu hanya seekor sotong ajer..=P

  4. zackentry says:

    yeah!german..=)

  5. Oyon Fz says:

    german!!!!

  6. zackentry says:

    German lagi..=)

  7. Syima_syaz says:

    erk...erk.......nak support spain tapi ter support german laks...ish

  8. Ainin_87 says:

    alaaa.. tak minat bola la..huhu

  9. mumyshane says:

    support German..tapi dah kalah dah ngan spain.sokong spain pulak dah.

Share