Salam kepada semua,


Perlawanan sengit dan blog aku pulak dah makin senget. Dah lama tak update pulak. Perlawanan Brazil menentang Netherland(Belanda) menyaksikan Brazil tumpas 2-1 kepada Belanda. Perlawanan yang agak sengit dan serangan balas yang bertubi-tubi bagi aku, game terlalu menarik.



Serangan balas yang dicipta oleh pasukan Brazil memang mantap dan Brazil telah mendahului Belanda 1-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Robinho. Permainan pasukan Brazil memang terbaik dan hantaran yang agak kemas menyebabkan Belanda tidak berpeluang menjaringkan gol. Tetapi serang balas Belanda juga tak kurang hebatnya.

Separuh masa kedua, Belanda berjaya menyamakan jaringan gol hasil dari sepakan Wesley Sneider dari luar kotak penalti. Tetapi gol disahkan dengan kesilapan pemain Brazil iaitu Felipe Melo yang menolak penjaga gol sendiri dan bola tersebut hanya dibiarkan sahaja masuk ke jaringan.

Akhirnya dengan kekasaran(dia pijak peha) yang dilakukan Felipe Melo, dia dikurniakan kad merah dan Brazil telah bermain dengan 10 orang. Dengan keurangan pemain Brazil, Belanda dengan garang membuat serangan balas dan telah mendahului 2-1 hasil jaringan Wesley Sneider jugak. Akhirnya Brazil kalah dan tidak layak untuk ke pusingan seterusnya.



Perlawanan Ghana dan Uruguay berkesudahan dengan penalti. Ghana berjaya membuat gol permulaan hasil jaringan Sulley Muntari pada minit 47. Pada minit ke 55, Uruguay berjaya menyamakan keadaan hasil sepakan percuma ole Diego Forlan. Dan keputusan seri hingga terpaksa ke pusingan penalti. Berkesudahan 4-2, Uruguay layak ke pusingan seterusnya iaitu bertemu dengan Belanda.













p/s: akhirnya juara dunia Brazil tumpas..=)

Share