Salam kepada semua,


Bila kita membaca sesuatu artikel, kita kene memahami isi artikel tersebut sebelum membuat sesuatu perkara. Entry yang lepas aku ada cerita mengenai "crocs" dan siapa yang belum baca lagi boleh klik sini. Cerita mengenai "crocs" ini mungkin dah tersebar. Tetapi sebelum menyebarkannya atau membuat sesuatu, sila fahami isi kandungannya terlebih dahulu.




Aku terkejut apabila mendengar seorang pemilik "crocs" telah membakar "crocs" nya kerana tulisan ALLAH tersebut. Identiti pemilik tersebut tidak perlu la aku dedahkan. Sila fahami apa yang ingin disampaikan.


Mengenai kes ini pun sebenarnya ada beberapa pendapat. Ada pendapat mengatakan bahawa kalau nak diikutkan, ayat ALLAH tersebut tidak perlu disambungkan. Mungkin icon tersebut tidak disengajakan atau mungkin untuk melagakan tapi apa bukti??adakah ia disengajakan atau memang nak kita pijak tulisan tuh?? Ada mengatakan bahawa tulisan itu seakan sama sangat, memang nampak macam nak menjatuhkan sebab kita pijak nama tuh.


Ia terpulang kepada masing-masing. Buat masa ni tiada fatwa mengatakan "crocs" tidak boleh dipakai dan mengenai tulisan ALLAH ni pun belum ada penjelasan sepenuhnya. Kalau terlalu risau sangat, rosakkan lambang sahaja atau tanggalkan pelekat icon "crocs" tu.

Disebabkan kes bakar tu terpaksalah aku mengajar macamana nak rosakkan lambang tersebut. Ayat ALLAH itu terjadi disebabkan alif + lam + lam + ha disambungkan kan? Jadi, apa yang perlu korang buat ialah rosakkan lambang tersebut. Bermaksud, amik pisau dan toreh lambang tu kasi tak seakan-akan sama seperti nama ALLAH. Tapi aku ada dengar jugak ada orang lubangkan "crocs" dia, tapi fakta atau auta aku pun tak tahu lagi.

Senang jer nak buat tapi berhati-hati dengan bende tajam ok? Tak perlu nak bakar "crocs" tu dan tak perlu nak lubangkan. Rosakkan lambang sahaja dan sila paham. Kalau tak paham tu, boleh hantar pesanan di ruang komen.

Aku cuma amik gambar itu dari FB dan segala isi entry ini adalah dari aku sendiri. Ia bukan paksaan, cuma pandangan aku sendiri. Kalau aku salah sila bagitau aku supaya aku boleh perbetulkan apa yang aku tersilap. Segala yang kurang itu datang dari aku, yang baik itu datang dari-NYA.












p/s:sila pahami sesuatu artikel itu sebelum membuat sesuatu perkara berdasarkan apa yang dibaca..sekian, wasalam

5 Responses so far.

  1. FaTiN says:

    bagus jugak idea tu. guna pisau kan... aku simpan crocs kat bawah katil je. hehe

  2. make sense tp tah la. unpredictable. durank sgt2 licik kot. seb baek ta freak ngn crocs items

  3. menda ni salah faham je sebenarnya..
    orang cepat sangat melatah kalau bab-bab nama ALLAH ni.
    crocs yg dikatakan ada nama ALLAH tu crocs tiruan.
    so mana mungkin sama dengan crocs asal kan?.
    wallahualam.
    (:

  4. jgn membazir plak buang groc ni, lg2 yg ori so buang je lambang tu..leh guna tips yg dibg..huhuhu...

  5. mamsder says:

    x perlu sampai nak bakar...buat mcm apa zackentry syorkan ni pon dah memadai....membazir je kalo dah beli mahal2, then bakar....

Share