Salam kepada semua,


Info Piala Dunia kali ini ialah mengenai pasukan-pasukan yang tidak dapat beraksi pada peringkat seterusnya. Jika sebelum ini satu dunia mengambil tahu pasal mereka, melihat perkembangan mereka, melihat mereka berlatih dan yang pasti melihat perlawanan mereka di kaca televisyen atau di stadium. Kali ini giliran mereka pula menjadi penonton untuk melihat rakan-rakan Piala Dunia 2010 yang lain yang layak ke peringkat seterusnya.

KUMPULAN A


Afrika selatan telah menambah rekod baru iaitu tuan rumah Piala Dunia yang kalah pada peringkat kumpulan. Afrika Selatan juga merupakan negara ranking terendah yang menganjurkan acara Piala Dunia. Beraksi agak baik pada pusingan pertama, Afrika Selatan hanya mampu seri 1-1 dengan Mexico. Namun Afrika Selatan telah dimalukan dengan kekalahan 3-0 kepada Uruguay. Afrika Selatan yang berada pada ranking ke 83 telah memalukan ranking ke 9 dunia iaitu Perancis dengan kemenangan 2-1. Walaupun berkongsi mata dengan Mexico, Afrika Selatan tidak layak berdasarkan gol bolos.

Perancis yang memulakan aksi yang agak hambar dari perlawanan pertama hingga perlawanan ketiga. Hanga seri 0-0 dengan Uruguay dan pada perlawanan kedua tewas 2-0 kepada Mexico. Akhir sekali, Perancis tewas kepada tuan rumah(Afrika Selatan) 2-1.

KUMPULAN B



Greece juga tidak layak ke pusingan seterusnya. Pada perlawanan pertama, Greece tidak dapat mempetahankan gawang golnya dibolos apabila Korea berjaya menyumbat 2 gol pada perlawanan tersebut. Selepas kekalahan 2-0 kepada Korea, Greece bangkit dengan kemenangan 2-1 kepada Nigeria. Tetapi malangnya, Argentina terlalu kuat untuk Greece melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Greece kalah 2-0 dengan Argentina.

Nigeria pasukan tercorot dalam kumpulan B hanya seri 1 kali dan kalah 2 kali. Walaupun berjaya menyekat pergerakan pemain Argentina, gawang gol Nigeria dapat juga dibolosi dengan kekalahan 1-0. Algeria tidak dapat mempertahan gawang mereka dibolosi dengan kekalahan kepada Greece 2-1. Walaupun Nigeria bangkit dengan seri 2-2 dengan Korea, Nigeria tetap berada dibawah dalam kumpulan.

KUMPULAN C

Algeria yang menduduki ranking ke-30 dunia, tidak mampu layak ke pusingan seterusnya. Kalah 1-0 kepada Slovenia tetapi mampu menyekat pergerakan England dengan seri 0-0 dengan England. Perlawanan terakhir Algeria kalah kepada Amerika Syarikat dengan keputusan 1-0

Slovenia mempamerkan aksi yang meyakinkan apabila menang 1-0 dengan Algeria. Slovenia bertahan dengan hanya mampu seri dengan Amarika Syarikat. Slovenia tak mampu nak menahan kemaraan England ke peringkat seterusnya dengan kekalahan 1-0 dengan England

KUMPULAN D



Perlawanan kumpulan D menyaksikan Serbia tewas kepada Ghana 1-0. Serbia telah mengejutkan penyokong Germany setelah berjaya mengalahkan Germany 1-0. Tetapi Serbia tidak dapat ke pusingan seterusnya apabila kalah kepada Australia 2-1.

Australia pula tidak mampu berbuat apa setelah tewas kepada Germany 4-0. Perlawanan dengan Ghana, Australia hanya mampu seri 1-1. Walaupun menang dengan Serbia 2-1, Australia tidak dapat ke peringkat seterusnya.




PASUKAN YANG LAYAK SETAKAT INI

Kumpulan A = Uruguay & Mexico
Kumpulan B = Argentina & Korea Selatan
Kumpulan C = Amerika Syarikat & England
Kumpulan D = Germany & Ghana





Orang buat cerita untuk pasukan yang layak, tapi aku buat cerita pasukan yang tak layak..apa kes??











p/s:pasukan mana pulak lepas ni akan mengikuti mereka untuk jadi penonton lak?sekian sahaja, wasalam..

Share