Salam kepada semua,


Ha, entry kali ini adalah entry tak puas hati dari aku yer. Memang tak puas hati giler. Chup!ini tak ada kene mengena dengan blogger lain. Apa yang aku tak puas hati adalah siaran Piala Dunia 2010 di RTM. Ya, aku merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang tidak melanggan Astro Supersports.


Bagi yang melanggan Astro Supersports memang puas hati la. Tambah lagi yang langgan HD, mesti rasa macam ada kat dalam stadium. Tak pun rasa macam diri sendiri yang jadi cameraman.

Ini berita RTM konon-konon penyiar rasmi


Antara komen bila RTM bakal jadi siaran rasmi Piala Dunia 2010

Cuba bayangkan mereka yang duduk kat kampung atau pedalaman macam aku ni. Mesti la gembira sebab tak perlu nak langgan ASTRO SPORT. Aku malas nak langgan pun sebab nanti aku sorang je yang tengok. Lagipun 21 Jun dah balik Ipoh masuk belajar. Memang tak berbaloi la untuk langgan untuk sebulan.

Antara petikan yang dikatakan RTM


Kalau nak naik trafik pon tak payah nak menipu orang. 18 juta??ye la tu. Sebelum Piala Dunia boleh la cakap itu ini. Ditambah dengan iklan pong pang itu ini RTM penyiar rasmi Piala Dunia 2010. Cakap tak serupa bikin la.



Apa barang perlawanan Brazil dengan Spain tiada siaran langsung?? WTF!!!Yang peliknya siaran pada waktu maghrib Chille VS Honduras boleh tayang lak?? Antara game Spain atau Brazil dengan Chille/Hoduras, yang mana orang nak tengok LIVE??tak boleh blah la dieorang ni.



Kalau nak buat tertunda pun, tunda la game yang orang ramai tak tengok. Dan kalau nak tunda pun buat la waktu siang. Mana ada orang nak tengok siaran tunda pukul 2.30 dengan pukul 4.00 pagi untuk game yang tengah live. Kalau orang dah tengok perlawanan Brazil live pukul 2.30 pagi, orang dah tak tengok dah ulangan. Semua nak masuk tidur. Buang masa je tengok balik, dah taw keputusan pun.


Antara blogger yang kecewa Sembang Bincang




Memang patut la RTM tak maju-maju. Hampeh!!!











p/s:nanti final, sila la buat siaran tertunda ya..aku sanggup tengok(yang tak paham, abaikan)..sekian, wassalam..huh!!!

13 Responses so far.

  1. ~ataicha~ says:

    sama.. yup tak puas hati gak ngan siaran bola ni.. banyak game best takde..

  2. Tanpa Nama says:

    marah nmpk zack..hehe

  3. uish.. marahnya?? hehehhe.. sabar2 k??

  4. as sahar says:

    hehe...biasa tu bro..takde per yang nak diherankan dengan mutu siaran produk kerajaan...

  5. zack gua sokong lu
    gua geram jgk,, sebab tak dpt tgk brazil main live tu gua tak puas aty tu

  6. hahaha..
    aku pon xde astro..
    aku tau keputusan je cukup lah..
    kdg2 tgok kat rtm jer.

  7. hmmm..jom tgk secara live kt south africa mo?

    kekeke

    saba2..xsume match dia siarkn bkn.agak kecewa disitu

  8. pakcik pun x puas hati...tunggu rtm pasang org main bola piala dunia... dah xder.. terpaksalah pakcik main telor je kat rumah... tensen

  9. Alasan standard...masalah teknikal.

  10. aku pun hanginnnn ngan RTM nih, siol tol. penyiar rasmi hangguk dia lah! game spain, argentina, korea, germany semua takda. celanat tol....

    haaa, aku mmg marah. marahhh.!

  11. Lin O says:

    go astro go! bahaha!

  12. Sky0ne says:

    alamak ade mention blog aku...trafik free ni...thanks bro..

    tp betul pun, canang satu Malaysia, tp hampeh...

  13. kabakoga says:

    rtm dah jadi bahan sejarah daa...baik lingkup terus drp tipu org..klu x mampu nak siar PD 2010 cakap awal2..tgk TV3 setakat berita pun takde video highlights PD,men camtum2 gmbar je..hate LIARS!!

Share