Salam kepada semua,


Sepanjang Piala Dunia berlangsung, sepanjang itu juga berita mengenai penangkapan mereka-mereka yang menjalankan perniagaan judi. Perniagaan berjudi yang hanya dilakukan melalui internet boleh meraih jutaan ringgit tidak sampai beberapa jam. Berbekalkan sebuah laptop dan perkhidmatan internet, perniagaan judi boleh dilakukan di mana sahaja asalkan tidak mengganggu operasi berjudi.




Melihat perlawanan bola sepak itu dibenarkan tetapi tengok keadaan jugak. Kalau dah tengok tu sembahyang tah kemana-mana hukumnya dah jadi lain la. Tengok-tengok jugak tapi kene pentingkan apa yang patut dulu. Tanggungjawab berjumpa dengan ALLAH(sembahyang) perlu diutamakan.



Judi adalah haram disisi agama. Ada yang berjudi berjuta-juta dan ada yang berjudi seringgit atau dua ringgit. Walaupun berjudi 1 sen sekali pun, ia tetap dianggap sama seperti mereka yang berjudi jutaan ringgit. Jika kita bermain judi, kita kene beringat. Apabila kita membelanjakan duit hasil perjudian tersebut seperti belanja untuk makan minum, wang judi haram tersebut akan jadi darah daging kita. Terlalu banyak kisah nasib mereka yang berjudi ni.

Terdapat banyak keburukan berjudi ni, antaranya ialah;
-boleh menyebabkan kekecewaan
-berlaku ketidakadilan
-melalaikan
-menyebabkan pergaduhan
-putus persaudaraan
-rumah tangga berpecah belah dan banyak lagi..

Walaupun ia sekadar suka-suka atau hanya sekali berjudi, hukumannya tetap sama dengan judi besar-besaran.






Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum arak, berjudi, (sembelihan untuk) berhala, mengundi, nasib menggunakan anak panah, adalah najis dari perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan - Al Maidah : 90















p/s: mimbar jumaat hari ini mengenai yang pergi tak akan kembali..Selagi kita masih lagi bernyawa, cepat-cepatlah bertaubat..sekian sahaja, wasalam..

7 Responses so far.

  1. judi tetap haram wlopun ada lesen

  2. shazzy :) says:

    nasib baek tak minat bola :P

  3. kalau main bet2 team sape kalah kena belanja air teh tarik pun dikira judi. tapi ramai tak perasan..

  4. zairie says:

    bola2 juga.. solat jgt lupa.. hehe... hari tu bukan kerajaan juga ke yang lulus kan lesen judi piala dunia tue... dia bg kat sape ntah.. kalo xsilap vincent tan kot.. entah la.. hehe.... Pape pon... GERMAN!!!!!!!! =)

    LATEST POST:
    brazil vs portugal

  5. dunia akhir zaman...

    terang jelas nyata judi x elok... bukan dari segi agama je... moral pun sama...

    sigh~ nasib bek x minat judi... pastuh aq pun x minat bola... wahahaha

  6. nk minat bola x slh...

    tp just tgk jela..

    xpyh nk bertaruh.x berbaloi

  7. xminat tengok bola..

    tengok pemain jew :DD

    hehehe

Share