Salam kepada semua,


Berakhirnya perlawanan semalam yang menyaksikan pasukan German dan Argentina telah layak kepusingan seterusnya. Perlawanan yang agak hebat hingga mampu menimbulkan kontroversi dan menyebabkan berlaku sedikit persefahaman di mana berlaku kesilapan terlepas pandang oleh pengadil.


Pasukan England kalah 4-1 kepada German. Separuh masa pertama menyaksikan serangan balas di antara kedua-dua pasukan. Akan tetapi German telah memperoleh jaringan pertama terlebih dahulu oleh Miroslav Klose. Hasil hantaran pendek yang menarik, German menambah bilangan jaringan dengan sepakan kencang jarak pendek oleh Lukas Podolski. 5 minit kemudian, Matthew Upson menjaringkan gol apabila berjaya menanduk bola masuk ke dalam gawang gol. Bola kontroversi terjadi apabila sepakan percuma Frank Lampard yang terang-terang telah melepasi gawang gol tidak dapat disahkan gol oleh pengadil.


Aksi separuh masa kedua menyaksikan serangan balas kemas dari jentera penyerang German. Bola sepakan Frank Lampard yang hanya mampu menggegarkan palang penjaga gol telah disambar oleh pemain Germain. Pertahanan England yang lopong menyebabkan Thomas Muller mampu menjaringkan gol dari sepakan dekat dalam kotak penalti.

Kecuaian pertahanan England menyebabkan hantaran kemas kepada Thomas Muller telah disempurnakan dengan menyumbat gol ke dalam gawang. England tidak mampu berbuat apa dan terpaksa menerima hakikat bahawa kemenangan adalah milik German.


Gol kontroversi juga berlaku pada perlawanan di antara Argentina dengan Mexico yang menyaksikan Argentina menang 3-1. Gol yang dijaringkan oleh Tevez tidak dapat dipertikaikan walaupun Tevez berada dalam keadaan OFFSIDE. Apakan daya Mexico, Argentina menambah 2 gol lagi hasil jaringan Gonzalo Higuan dan Carlos Tevez. Tetapi Mexico mampu menambah 1 gol hasil dari jaringan Javier Hernandes.






Bola itu bulat. Macam-macam boleh berlaku apabila bola itu bergolek. Tahniah kepada pasukan Argentina dan German.












p/s:mampukah Belanda dan Brazil bertemu di pusingan ke3 kalah mati?? =)

One Response so far.

  1. Fyzal says:

    Argentina is doing well. Yerp.. kontroversi dan kontroversi.. baru la bola sepak!

Share