Salam kepada semua,


Banyak kejutan yang berlaku pada Piala Dunia 2010 sejak dua menjak tiga menjak kali ini. Sebelum kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan berlangsung, ramai sudah membuat pengiraan yang mana satu pasukan pilihan yang akan menjadi juara. Tetapi apa yang berlaku sekarang, pasukan pilihan telah ditewaskan dengan pasukan bukan pilihan.



Pasukan mana yang menjadi pilihan tuh??

1.Spain

Spain merupakan pasukan pilihan yang terkenal dengan barisan pemain yang agak hebat. Dari senarai penjaga gol hingga la senarai penyerang, semuanya pemain yang mempunyai skill bermain yang hebat. Tetapi perlawanan menentang pasukan dari Switzerland telah mengejutkan seluruh dunia. Spain telah kalah 1-0 kepada Switzerland apabila Gelsen Fernandes menyumbat gol pada minit ke 52. Dari segi menguasai perlawanan dikatakan ia berpihak kepada Spain. Jadi, apa yang menyebabkan mereka kalah??



2.Afrika Selatan

Pasukan tuan rumah yang dikatakan mampu membuat kejutan di Piala Dunia 2010 kali ini. Walaupun mereka seri 1-1 dengan Mexico pada perlawanan kedua, mereka masih yakin dapat mara ke peringkat seterusnya. Apakan daya, Uruguay terlalu garang dengan memalukan pasukan tuan rumah dengan jaringan 3-0. Pada minit 23, bola Diego Forlan berjaya membolosi gawang Afrika Selatan. Pada minit ke 79 pula, Uruguay telah diberikan sepakan penalti dan peluang tersebut tidak disia-siakan oleh Dego Forlan yang telah berjaya membuat jaringan gol keduanya. Kekecewaan pasukan Afrika Selatan apabila Alviro Pereira menambah gol buat Uruguay pada masa tambahan sebelum visel penamat ditiup.


3.France

Walaupun pasukan France mengalami rekod kekalahan sebelum kempen Piala Dunia 2010, tetapi pasukan France juga menjadi pasukan pilihan yang bakal menjadi juara kali ini. Tetapi apa yang dipamerkan di padang hanyalah persembahan hambar dari pasukan France. Kekalahan kepada Mexico semalam menyebabkan France berada di tahap bawah dari pasukan bukan pilihan.


4.Germany

Ya, pasukan yang garang dengan mempamerkan aksi hebat pada perlawanan pertama. Dengan mengalahkan Australia 4-0, Germany pasukan yang dikatakan mampu mara ke peringkat seterusnya tanpa ada keraguan. Mungkin dengan kebanggaan tersebut, mereka telah kecundang diperlawanan kedua. Serbia yang dikatakan bakal ditewaskan telah menafikan kenyataan tersebut. Jaringan minit ke 37 oleh Milan Jovanovic telah menyebabkan Germany terpaksa akur dengan keputusan tersebut. Kekecewaan yang sangat memalukan dengan sepakan penalti Lukas Podolski tidak disempurnakan dan penyerang Moroslav Klose telah dikenekan kad merah. Gigit jari la jawabnya penyokong Germany.

5.England

Dibarisi dengan pasukan pemain yang terbaik dari kelab Liga Perdana Inggeris. Boleh dikatakan England mempunyai pemain yang lengkap dari semua sudut teknik, skill dan segalanya. Tetapi tidak mampu mempersembahkan keputusan yang memuaskan. Hanya mampu seri pada perlawanan pertama dengan kedua. England hanya seri tanpa jaringan dengan Algeria yang bukan pasukan pilihan yang akan mara ke peringkat seterusnya. Mana pergi bisa pemain dari England??






Memang rasa kecewa bila pasukan pilihan kecundang. Lagi kecewa dengan RTM yang tak tayang perlawanan England dengan Germany semalam. Macam hampagas.

Dasar ketinggalan zaman aku ni. Kalau siaran langsung aku tak dapat tengok, jangan harap aku nak tengok siaran tertunda. Tak guna nak tengok perlawanan yang tengah siaran langsung tapi kita tengok siaran tertunda lak.



Segala data yang aku ada ini adalah hasil dari pemerhatian aku. Jika ada yang rasa aku plagiat entry dia, sila bagitahu aku..






Itu sahaja berita di Zack Entry..salam merungut dan salam kecewa..











p/s:apakan daya, bola itu bulat..disepak, orang kejar..ditangkap, dibaling balik..macam-macam boleh terjadi di perlawanan yang besar macamni..sekian saja, wasalam..(kenapa Spain dengan Germany kalah pulak ni??adoiii!!!) =P

5 Responses so far.

  1. Tanpa Nama says:

    england seri dengan Algeria la dik. bukan serbia..

  2. balqis says:

    so, sekarang sokong yang mne plak? heh

  3. dah betulkan..hehe

    sekarang sokong AR....... =P

  4. tau tak per...
    sedeh....
    germany kalah..
    adohai........
    serius kali nih world cup banyak kejutan

  5. gigit jari je lah penyokong germany..haihhhh.. :(

    ape dah jadi dengan france ngan italy? shocking performance :|

Share