Salam kepada semua,


Tahniah kepada pasukan Uruguay dan Ghana, kerana layak ke pusingan ke 3. Malam nanti seluruh dunia akan menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010 di antara pasukan England san pasukan German. Walaupun England hanya berbekalkan 2 seri dab 1 menang, England telah pun layak ke pusingan seterusnya.






Dalam persaingan kumpulan C, England hanya mengumpul 5 mata sahaja. Hanya Gerrard dan Defoe sahaja yang menjaringkan gol. England memperrsembahkan aksi yang agak mengecewakan apabila hanya mampu seri dengan Algeria yang berada di kedudukan 30 dunia. Persembahan England setakat ini agak mengecewakan tetapi mereka mampu melayakkan diri ke pusingan ke 2 (kalah mati).



Germany yang mempersembahkan aksi hebat dalam kumpulan D apabila perlawanan pertama mereka menang bergaya 4-0 ke atas Australia. Tetapi Germany mengejutkan penyokongnya apabila tewas 1-0 dengan Serbia. Dalam perlawanan melawan Serbia, penyerang utama mereka Germany iaitu Miroslav Klose telah pun dilayangkan kad merah. Akan tetapi, perlawanan menentang Ghana tidak meruntuhkan semangat Germany dengan kemenangan 1-0 ke atas Ghana. Buat masa ini persembahan Germany tidak mengecewakan.



Walaupun England agak hambar tapi rasanya malam ni England mampu memberi tentangan hebat. German juga bakal mempersembahkan aksi yang hebat. Dua-dua pasukan mampu memberi persembahan yang menarik. Menarik atau tak, kita tengok malam ni pukul 10 ok? =)









Hebat atau tak ranking pasukan itu semua tak penting. Yang penting siapa yang menang, dapat ke peringkat seterusnya. Jadi, siapakah yang akan menang?? =P












p/s: aku harap malam ni lebih dari 2 gol..XD

5 Responses so far.

  1. Nabiel says:

    Sieg Heil German!!
    hahaha~
    Eng akan ditumpaskan~

  2. RABUN says:

    ehem..pilih england tu pon kalau Rooney tak main..ha ha aku menyampah ngan rooney he heee

  3. ezanykun says:

    kalau ikut form.. konpem germany mng..

  4. Unknown says:

    GERMANY TERBAEK!!!! XDD

Share